Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Penggunaan Facebook terus meningkat di kalangan wanita


Photobucket

Telegraph.co.uk melaporkan bahawa sepertiga dari wanita berusia 18-34 menyemak Facebook mereka selepas bangun tidur mengikut kajian yang dilakukan baru-baru ini.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Oxygen Media and Lightspeed Research (http://www.lightspeedresearch.com/), mengambil maklum balas 1,605 orang dewasa yang menggunakan Facebook antara bulan Mei dan Jun tahun ini menunjukkan berlakunya peningkatan penggunaan Facebook di kalangan wanita.

Sekumpulan 63 peratus daripada wanita mengatakan bahawa mereka menggunakan Facebook untuk kerjaya mereka dan juga jaringan sosial.

Kebimbangan tentang privasi di Facebook juga semakin meningkat di mana 60 peratus daripada 1,588 pengguna Facebook memberi maklum balas kepada Sophos, sebuah organisasi keselamatan komputer, pada bulan Mei, mengatakan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan akaun mereka di laman rangkaian sosial.

16 peratus lagi mengatakan mereka telah berhenti menggunakan Facebook kerana mereka merasa kurangnya pengendalian ke atas data mereka, sementara seperempat lagi mengatakan bahawa mereka tidak akan berhenti menggunakan Facebook, yang mempunyai hampir 500 juta pengguna di seluruh dunia.
2 Comments for "Penggunaan Facebook terus meningkat di kalangan wanita"

Setuju...Nice entry friend...visit my latest entry today..;D

Isteri saya salah seorang yang termasuk dlm ciri2 diatas...

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...