Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Auto Close : Winamp Plugin

 
Plugin ini digunakan untuk mematikan Winamp atau komputer kita secara automatik mengikut masa yang telah kita tetapkan. Kita boleh pilih sama ada hanya mematikan Winamp sahaja atau komputer mengikut kehendak kita. Plugin ini sangat sesuai bagi mereka yang selalu mendengar lagu sebelum tidur di mana kita boleh tetapkan masa untuk komputer kita ditutup secara automatik disamping menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.Plugin ini sangat mudah digunakan dan kepada sesiapa yang berminat boleh muat turun di sini
 
Cara menggunakan plugin ini:

1.    Muat turun dan install plugin ini. Matikan dulu perisian Winamp sebelum install plugin ini.

2.    Setelah install plugin ini,buka Winamp dan klik kanan pada Winamp kemudian pergi ke Options dan klik pada Preferences atau tekan Ctrl + P.
3.    Klik Plug-ins dan kemudian klik pada General Purpose. Selepas itu klik pula pada plugin Auto Close.

4.    Selepas itu tick pada Enable dan yang paling penting sekali klik pada Run Once supaya plugin ini hanya berfungsi sekali sahaja mengikut kehendak kita. Sekiranya kita ingin Winamp atau komputer dimatikan pada waktu yang diingini setiap hari,maka tak perlulah klik pada Run Once. Contohnya kita mahu Winamp atau komputer dimatikan secara automatik pada jam 2:00 pagi setiap hari.

5.    Selepas itu tetapkan masa yang kita inginkan pada Close Winamp at.

6.    Pada menu Sytem Shutdown:
       - klik pada Disable sekiranya kita mahu Winamp sahaja dimatikan.
       -klik pada Standby sekiranya kita mahu komputer berada dalam keadaan standby
       -klik pada Normal Shutdown untuk mematikan komputer
      -tidak digalakkan untuk menggunakan fungsi Force Shutdown kerana boleh merosakkan  sistem komputer
Apabila sampai pada masa yang kita inginkan,Winamp atau komputer akan dimatikan secara automatik dan ulang langkah 2 sekiranya ingin menggunakan plugin ini lagi .

Sumber
ads
Tag : Tutorial
0 Comments for "Auto Close : Winamp Plugin"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...