Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Rampasan Kapal Malaysia MV Albedo

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Luar memantau perkembangan kapal Malaysia MV Albedo yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi pada 29 Nov lepas.

Dalam kenyataan di sini Rabu malam, kementerian itu mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia berada dalam kapal itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Kementerian berkenaan kini mengadakan hubungan dengan agensi-agensi Malaysia berkaitan untuk membebaskan kapal dan anak kapal berkenaan.

Kenyataan itu menambah kementerian juga menghubungi perwakilan asing di mana rakyatnya ada dalam kapal tersebut untuk tujuan yang sama.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Konsular Kementerian Luar di 03-8887 4047 atau 03-8887 4530.

-- BERNAMA
ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Rampasan Kapal Malaysia MV Albedo"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...