Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Friday, October 29, 2010

Bas Jatuh Gaung, 6 Maut, 21 Cedera.


KUALA LUMPUR, - Enam orang terbunuh dan 21 yang lain dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan tergelincir dan terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini ,7:50 petang tadi.

Penolong pengarah (Operasi) Azizan Ismail dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata bas, dengan pemandu dan 44 penumpang yang semuanya ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling, sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands dan menuju sini ketika tragedi itu terjadi.

Beliau berkata pihaknya diberitahu mengenai kemalangan itu oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong pada 7:51 malam dan penyelamat dari balai bomba Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati  telah dihantar ke tempat kejadian.

Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan
Hospital Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Video Puting Beliung Di Perlis


Beberapa kejadian puting beliung yang berlaku sekitar Jejawi,Perlis pada 28/10/2010.






Thursday, October 28, 2010

Robot jururawat masa depan?


 
Sebuah syarikat Jepun telah membuat sebuah robot jururawat yang meniru perilaku manusia.

The Actroid-F diharapkan dapat digunakan di hospital untuk mengawasi dan memantau reaksi pesakit.

Robot wanita telah dibuat oleh sebuah syarikat bernama Kokoro di Jepun.

Kulitnya yang realistik adalah dibuat dari silikon.

Actroid-F diadaptasi dari model sebelumnya yang mereka jual. Biasanya, syarikat itu membuat robot untuk tujuan rekreasi.

Robot ini tidak boleh berjalan dan duduk sementara operator membuat ekspresi wajah yang akan ditiru oleh robot tersebut.

Tuesday, October 26, 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Monday, October 25, 2010

TV-Al Hijrah bersiaran mulai 1 Desember ini


KUALA LUMPUR - Mulai 1 Dis ini, stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
 

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di sini akan memulakan siaran ujian pada 1 Nov ini dengan waktu siaran bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Televisyen percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun.

Thursday, October 21, 2010

Air Terjun Bawah Tanah


Ruby Falls adalah sebuah air terjun setinggi 145 kaki di bawah tanah  yang terletak di dalam Lookout Mountain, berhampiran Rock City dan Chattanooga, Tennessee di Amerika Syarikat. Lampu elektrik dipasang di dalam gua, menjadikannya salah satu daripada gua-gua komersil pertama yang begitu lengkap dengan kemudahan. Ruby Falls dimiliki oleh keluarga Steiner dari Chattanooga, Tennessee.


Saturday, October 16, 2010

Facebook - Facts You Probably Didnt Know


Wednesday, October 13, 2010

Keluarga kecewa visual nahas berleluasa di Internet


SEREMBAN 12 Okt. - Keluarga mangsa kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Melaka kelmarin melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memuat turunkan rakaman tragedi itu dalam laman sosial Facebook.

Menurut mereka, perbuatan itu langsung tidak menghormati kesemua mangsa yang terlibat, keluarga dan saudara-mara mereka serta dilihat satu perbuatan yang menambahkan kepiluan kepada mereka semua.

Hidden emoticon : Yahoo Messenger


Tired with emoticons available in Yahoo Messenger? Want to surprise your friends with hidden emoticons? Here's a list of emoticons that are not available in the emoticon menu, but we can use it by typing a shortcut key on the instant message.

Sunday, October 10, 2010

Infographic : How You Can Live To 100


 
 Click to enlarge image

Friday, October 1, 2010

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi ?


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

Share
this page
LePaK SiNi