Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Saturday, November 27, 2010

Kenderaan Pelik - L’automodule 1970


 
 
Unit ini disebut L'Automodule dicipta pada tahun 1970 oleh seorang  jurutera bernama Jean Pierre Pontier (Jean Pierre Ponthieu). Mesin ini dilengkapi dengan enjin dua lejang 248 cm^3, kawalan elektronik dan transmisi  hidrolik dengan kelajuan maksimum - 45 km / j .Selain rekabentuk  yang menakjubkan, L'Automodule mempunyai ciri-ciri lain - suspensi hidrolik yang dapat mengubah “ground clearance”. 

Monday, November 22, 2010

10 Makanan Anti-Kolesterol


Berikut disenaraikan 10 makanan yang boleh mengurangkan kolestrol.

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sarangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

Friday, November 12, 2010

JAKIM Sahkan Minyak Sapi QBB Halal


KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan bahawa produk minyak sapi keluaran syarikat QBB halal untuk kegunaan umat Islam di negara ini.

Menerusi laman web Jakim memaklumkan minyak sapi jenama "QBB Pure Ghee" keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd adalah menepati konsep halalan toyiban.

"Dengan itu permohonan (sijil halal) daripada Syarikat QBI Packaging Sdb Bhd adalah diluluskan mulai 1 Nov 2010," menurut laman web itu.

Sijil Pengesahan Halal ini diberikan setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan 'pengenalpastian produk', yang memeriksa tiga elemen iaitu 'pengenalpastian pembekal', 'pengenalpastian proses' dan 'pengenalpastian pelanggan'.

Jakim menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuat kuasa 19 Ogos lalu setelah mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Tindakan itu melarang QBI Packaging menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Pengarah QBB Pte Ltd Lim Peck Bin berkata syarikat akan sentiasa dan terus mengambil langkah-langkah bagi memastikan produk keluarannya boleh digunakan umat Islam dan mematuhi syarat pensijilan halal.

-- BERNAMA

Thursday, November 11, 2010

Pelik atau lawak?


Koleksi gambar yang agak menarik,lawak,lucu,kelakar dan pelik.Idea kreatif untuk menukar muka antara satu sama lain. Nampak macam betul pun ada. Tapi kalau betul memang lawak sangat la lebih-lebih lagi tengok gambar Hulk Hogan.


Wednesday, November 10, 2010

Teka-teki Wheel of Fortune diselesaikan dengan satu huruf petunjuk



Seorang wanita dari New Jersey menjadi sensasi internet terbaru setelah dia menyelesaikan teka-teki Wheel of Fortune dengan hanya satu huruf petunjuk.

Caitlin Burke, seorang wartawan fesyen berumur 26 tahun hanya diberi huruf 'I' sebagai petunjuk,  meneka ayat " I've got a good feeling about this " berada di sebalik 26 ruangan tersembunyi.

Dia memenangi percutian di Caribbean bernilai $ 6,500 (£ 4,029) dan mengejutkan Pat Sajak, hos veteran rancangan tersebut versi Amerika.

Miss Burke memenangi jumlah keseluruhan lebih dari $ 53.000 (£ 32,850) pada program tersebut. Dia bercadang untuk menjelaskan pinjaman pelajarannya, membeli beg Chanel dan memulakan perniagaan.

Harga Emas Mungkin Naik


CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.

Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.

Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.



Sumber - BERNAMA

Tuesday, November 9, 2010

Gambar yang jarang kita lihat - Pemimpin luar negara II


Angela Merkel, Chancellor of Germany
Barack Obama,  President of the United States
Dmitry Medvedev, third President of the Russian Federation
George W. Bush, 43rd President of the United States 
Nicolas Sarkozy, President of the French Republic
Vladimir Putin,  second President of the Russian Federation 

Angela Merkel dan Nicolas Sarkozy

Saturday, November 6, 2010

Kreatif - CPU Dalam Botol




Monday, November 1, 2010

Auto Close : Winamp Plugin


 
Plugin ini digunakan untuk mematikan Winamp atau komputer kita secara automatik mengikut masa yang telah kita tetapkan. Kita boleh pilih sama ada hanya mematikan Winamp sahaja atau komputer mengikut kehendak kita. Plugin ini sangat sesuai bagi mereka yang selalu mendengar lagu sebelum tidur di mana kita boleh tetapkan masa untuk komputer kita ditutup secara automatik disamping menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.Plugin ini sangat mudah digunakan dan kepada sesiapa yang berminat boleh muat turun di sini

Share
this page
LePaK SiNi