Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Thursday, December 16, 2010

Foto Langit Yang Sangat Indah


Koleksi foto langit yang sangat indah menunjukkan betapa cantik dan indahnya alam ciptaanNya. 


         

Wednesday, December 15, 2010

Sebab Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Bawa Ke Sekolah


Adakah ini salah satu sebab pelajar sekolah tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah?

 

Wednesday, December 8, 2010

Contoh Dan Kesan Pencemaran



Akibat terlalu mengejar kemajuan sehingga mengabaikan alam sekitar menyebabkan berlakunya pencemaran yang secara tidak langsung mengancam nyawa manusia dan hidupan lain. Semoga satu hari nanti masalah pencemaran dapat di atasi sepenuhnya dan semua contoh pencemaran ini hanya dapat dilihat dalam gambar sahaja.

Datuk Dr Haron Din Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H



 SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Tuesday, December 7, 2010

Kreatif - Tempat Kerja Dalam Bilik Tidur



Sekarang ini semakin ramai orang bekerja di rumah sendiri  baik sebagai pengusaha kecil , blogger ,pereka grafik, atau sebagai pekerja biasa. Terdapat beberapa kelebihan bekerja di rumah termasuklah etika berpakaian yang lebih kasual dan bebas. Bilik tidur juga boleh dijadikan tempat bekerja sekiranya kita kreatif mengubahsuai bilik tidur kita. Ini dapat menjimatkan kos dan juga memberi keselesaan kepada kita.Di harap gambar-gambar berikut memberi inspirasi kepada sesiapa yang berminat menjadikan bilik tidur sebagai tempat bekerja asalkan tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan.

Sunday, December 5, 2010

Padah Bercium Di Khalayak Ramai


 
Kalau jadi betul2 mesti xda sapa berani wat cmni...

Pertandingan Fotografi 2010 National Geographic


National Geographic sekali lagi menganjurkan pertandingan fotografi tahunan mereka yang baru sahaja berakhir pada 30 November 2010. Dikumpulkan di bawah ini adalah beberapa gambar dari tiga kategori iaitu People, Places dan Nature. Untuk melihat gambar selebihnya bolehlah melawat laman web National Geographic.
 

Saturday, December 4, 2010

Perodua Bezza - Prototaip Guna Enjin Hijau


 
Alternatif kepada kenderaan elektrik, hibrid
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Friday, December 3, 2010

Harga Baru Gula Dan Minyak


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa Sabtu.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.

Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata walaupun mengalami kenaikan, harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding di negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Thursday, December 2, 2010

Rompakan Keretapi Terbesar Dalam Sejarah ( 1963 )


Bridego Bridge, tempat rompakan berlaku.
The Great Train Robbery adalah nama yang diberikan untuk sebuah rompakan keretapi terbesar dalam sejarah yang berlaku pada 8 Ogos 1963 di Cheddington, Buckinghamshire, England.

Keretapi Royal Mail dari Glasgow ke London dihentikan dengan cara merosakkan isyarat keretapi. Kumpulan yang terdiri daripada 15 orang ahli yang diketuai oleh Bruce Reynolds termasuk Ronnie Biggs, Charlie Wilson, Jimmy Hussey, John Wheater, Brian Field, Jimmy White, Tommy Wisbey, Gordon Goody dan Edwards Buster, berjaya melarikan diri dengan £2,6 juta bersamaan dengan £40 juta (US $ 80 juta) nilai wang pada tahun 2006.

Kempen Sukan Suzuki AFF : Malaysia Tewas Kepada Indonesia 1-5


KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak negara memulakan kempen Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asian (AFF) 2010 di Jakarta, Indonesia dengan langkah kiri apabila gagal menyekat barisan penyerang pasukan Indonesia dalam saingan kumpulan A dengan kecundang 5-1 di Stadium Gelora Bung Karno Rabu malam.

Beraksi di hadapan peminat tuan rumah, Malaysia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi hantaran lintang daripada Mohd Safee Mohd Sali dalam kotak 'D' ke penerima Anugerah Pemain Berharga 100Plus-FAM 2010 baru-baru ini, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-17.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Indonesia menggandakan asakan bertali arus ke gawang Malaysia yang dijaga oleh Mohd Sharbinee Allawee Ramli hingga bocor pada minit ke-21 apabila terkena lutut Mohd Asraruddin Putra Omar ke dalam pintu gol sendiri.

Indonesia terus mengasak pintu gol negara dan memperoleh gol kedua menerusi jaringan Cristian Gonzales pada minit ke-32 akibat kelonggaran barisan pertahanan negara.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan negara bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Indonesia lebih bertuah dengan kehadiran gol ketiga pada minit ke-51 oleh Muhammad Ridwan yang juga disebabkan oleh kealpaan pertahanan negara.

Pertahanan negara sekali lagi dihukum apabila Arif Suyono menjaringkan gol pada minit ke-75.

Malaysia yang kelihatan tertekan dengan kedudukan 4-1 melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan namun gagal untuk membolosi kubu Indonesia.

Indonesia terus melebarkan jurang dan menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan oleh Irfan Haarys Bachdim sebelum wisel penamat ditiup.

Saingan seterusnya, Malaysia dijadual bertemu Thailand pada Sabtu ini dan Laos Rabu ini.

Saingan pertama dalam kumpulan A tadi, naib juara edisi lepas, Thailand sekadar terikat seri 2-2 dengan Laos di stadium yang sama.

-- BERNAMA

Rampasan Kapal Malaysia MV Albedo


KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Luar memantau perkembangan kapal Malaysia MV Albedo yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi pada 29 Nov lepas.

Dalam kenyataan di sini Rabu malam, kementerian itu mengesahkan tidak ada rakyat Malaysia berada dalam kapal itu ketika kejadian tersebut berlaku.

Kementerian berkenaan kini mengadakan hubungan dengan agensi-agensi Malaysia berkaitan untuk membebaskan kapal dan anak kapal berkenaan.

Kenyataan itu menambah kementerian juga menghubungi perwakilan asing di mana rakyatnya ada dalam kapal tersebut untuk tujuan yang sama.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Konsular Kementerian Luar di 03-8887 4047 atau 03-8887 4530.

-- BERNAMA

Share
this page
LePaK SiNi