Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

10 Website Yang Banyak Mengubah Kehidupan Kita

Di bawah ini adalah 10 website yang secara jelas telah mengubah cara hidup kita . Walaupun internet telah digunakan sejak tahun 1992,namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini beberapa laman web telah menjadi amat terkenal dan digunakan oleh semua orang di seluruh pelusuk dunia. Website dibawah ini juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian bagi kebanyakkan orang di dunia .


10. Craigslist– Mengubah cara pengiklanan


Sebelum wujudnya internet,kita akan merujuk pada iklan-iklan yang terdapat dalam suratkhabar untuk mencari seseuatu yang kita inginkan. Dengan adanya internet,kita tidak lagi bergantung pada iklan-iklan dalam surat khabar yang kelihatan tidak teratur .Ramai yang telah beralih pada pengiklanan dalam internet yang dilihat lebih teratur dan mudah digunakan serta diberi banyak pilihan barangan atau perkhidmatan berbanding suratkhabar.

Craigslist adalah sebuah laman web pengiklanan dalam talian yang memaparkan iklan baris online secara percuma - dengan beberapa bahagian yang telah dikategorikan untuk pekerjaan, perumahan, peribadi, barangan untuk dijual, perkhidmatan, masyarakat, persembahan, resume, dan forum perbincangan. Melalui laman web ini,kita dapat mencari apa jua barangan atau perkhidmatan yang kita inginkan samada dari luar negara atau dalam negara kita sendiri.


9. Geocities – Mengubah capaian internet

Ketika Internet pertama kali dihasilkan, mereka yang menggunakannya merupakan mereka yang terlibat dalam teknologi atau bidang sains dan sering kali mereka ini mencari bug, pembaikan, dan cara-cara untuk meningkatkan teknologi yang sedia ada. Pada satu ketika, internet itu cukup membosankan dan kosong. Namun ketika laman web semakin berkembang, setiap hari dapat dilihat semakin ramai orang mula menggunakan Internet. Bagi meneruskan perkembangan ini, laman web seperti GeoCities telah dicipta, di mana ia telah membuka dunia baru bagi membolehkan orang biasa dengan mudah membuat laman web sendiri.

GeoCities bermula pada tahun 1994 dan pertama kali dikenali sebagai BHI (Beverly Hills Internet), pada ketika itu adalah sebuah web hosting company yang berpusat di Southern California. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan percuma di pelbagai lokasi sekitar California dan pada tahun berikutnya menawarkan perkhidmatan di seluruh negeri dan kemudian di seluruh dunia.

Ketika ini, GeoCities tidak boleh digunakan lagi di AS dan Kanada, tetapi perkhidmatannya masih digunakan di Jepun. Ketika Yahoo membeli perkhidmatan GeoCities selepas 10 tahun kejayaan yang disebut gelembung dot com, dikatakan bahawa hampir 38 juta laman  GeoCities telah ditutup.


8. Blogger– Mengubah cara blogging


Blogger dilancarkan pada tahun 1999 dan sejak itu telah membolehkan dunia blogging berkembang.Blogger telah direka semula dan yang terbaru ia telah mula bekerjasama dengan Google untuk menyertakan ciri-ciri mereka yang paling popular.

Laman web ini menduduki  # 8 pada skala Alexa dan setiap hari lebih daripada 388 perkataan diterbitkan di laman web. Walaupun terdapat pesaing seperti Wordpress, LiveJournal, dan TypePad, Blogger di beri kredit kerana memulakan revolusi blogging.
  

7. Pandora – Mengubah cara kita mendengar muzik

Cara kita mendengar muzik telah berubah secara drastik dari semasa ke semasa. Ketika ini, MP3 dan MP4 digunakan secara meluas, tetapi jangan lupa rakaman, kaset, dan semestinya radio. Namun, walaupun MP3 dan muzik digital tampaknya menjadi trend terkini, Pandora telah melangkah ke hadapan dan menawarkan cara untuk mendengar muzik secara online.

Pandora adalah sebuah stesen radio online yang pada asasnya membolehkan kita membuat sendiri stesen radio berdasarkan muzik yang kita mahu. Sesiapa pun boleh memilih muzik yang dimainkan di Yahoo atau mendengar secara online melalui stesen radio kegemaran kita, tetapi kenyataannya adalah sebahagian besar lagu-lagu tersebut dimainkan setiap jam (atau lebih) dan kadang-kadang lagu yang dimainkan bukan merupakan lagu yang kita mahu.

Berlainan dengan Pandora, laman web ini akan memainkan lagu berdasarkan apa yang kita suka. Pandora sering memainkan lagu daripada band-band baru yang sedang meningkat naik. Kita boleh taip band yang kita mahu di laman web, mendengar lagu, dan kemudian berkesempatan untuk mendengar lagu daripada band baru yang serupa dengan citarasa kita.


6. Facebook – Mengubah cara kita berinteraksi


Mula-mula sekali telefon, kemudian pager, kemudian telefon bimbit, kemudian barulah internet dengan perkhidmatan mesej segera (instant messaging) dan chatroom. Sekarang Facebook dikenali sebagai salah satu laman jaringan sosial (social networking) yang telah mendapat tempat di seluruh dunia dan digunakan setiap hari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun secara teknikal ia bukanlah laman jaringan sosial yang pertama dicipta, ramai yang berpendapat bahawa ia adalah yang paling berguna dan mendatangkan kesan yang amat besar dalam masyarakat kita dan dunia secara amnya.

Dapat dilihat segala yang kita lakukan hari ini adalah berdasarkan Facebook. Gambar, kawan, hubungan, gosip, semua ini berhubung dengan Facebook dalam beberapa cara . Pemuzik meminta peminat untuk menambah mereka di Facebook begitu juga penulis, calon politik, ahli perniagaan, dan apa saja dan segalanya melalui Facebook.

Laman web ini dilancarkan pada bulan Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, enam tahun kemudian laman web ini telah meletup, menarik lebih dari 500 juta pengguna, bermula daripada orang biasa, selebriti, bahkan pemimpin politik dunia.


5. Wikipedia - Mengubah cara kita membuat kajian / belajar


Sebelum wujudnya Wikipedia, pelajar sekolah dan mahasiswa harus melakukan penyelidikan mereka sendiri dengan cara yang sukar. Sebelum Wikipedia menjadi salah satu e-ensiklopedia besar, mereka ini ditawarkan dengan perkhidmatan e-ensiklopedia secara online samada memerlukan keahlian berbayar untuk mempunyai akses kepada maklumat yang diinginkan atau ensiklopedia di mana kedua-duanya tidak mempunyai banyak maklumat seperti yang ada pada Wikipedia.

Sekarang Wikipedia telah menukar semua ini dan memudahkan kita untuk mencari maklumat atau membuat kajian yang kita inginkan. Laman ini merupakan yang pertama: e-ensiklopedia percuma yang semakin berkembang dan mungkin akan terus berkembang selagi adanya  Internet. Pada 16 April 2010, laman web ini telah diedit sebanyak 1billion dan hari ini menduduki  # 7 pada skala Alexa bagi laman web yang sering dikunjungi. Di AS ia merupakan laman web ke- 6 paling banyak dikunjungi di negara itu.
 

Hal yang menakjubkan tentang Wikipedia adalah kita dapat mencari apa saja dan hampir semuanya ada di Wikipedia di mana ia mempunyai 3.410.052 artikel dan terus berkembang. Wikipedia dapat digunakan oleh pengguna internet di seluruh dunia di mana ia menawarkan maklumat dalam pelbagai bahasa seperti Sepanyol, Rusia, Perancis, Jerman, Itali, dan banyak lagi.


4. Amazon - Mengubah cara kita membeli barangan runcit 


Apabila kita memerlukan makanan, kita pergi ke kedai runcit. Jika kita memerlukan pakaian, kita pergi ke pusat beli belah kegemaran kita. Jika kita ingin mendengar muzik, kita pergi membeli CD di kedai. Namun, apabila Amazon dilancarkan pada tahun 1995, syarikat yang berpusat di Seattle ini mengubah cara kita membeli barangan runcit.

Baru-baru ini Amazon mula menjual produk makanan yang boleh dihantar ke pintu rumah kita. Laman web ini menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian $ 25 serta akaun Prime yang menjanjikan penghantaran percuma 2 hari atau $ 3,99 untuk penghantaran hari seterusnya. Ini menunjukkan sesiapa pun boleh bergantung pada Amazon untuk memiliki apa saja yang mereka perlukan.



3. Youtube - Mengubah hiburan harian 


YouTube telah berjaya menyelesaikan hampir semua masalah yang selalu di hadapi oleh hiburan di Internet. Kita bukan saja boleh menonton video tetapi juga boleh mendengar muzik bahkan video melalui blog.

Jutaan orang dari seluruh dunia menikmati ciri-ciri YouTube setiap hari. YouTube juga adalah satu tempat yang tepat untuk semua orang melihat video bahkan dapat memberi komen dan ulasan. Dari video muzik untuk blogger, tutorial dan video rawak, kita boleh menemui semuanya di YouTube.

Website ini berada pada kedudukan # 3 pada skala Alexa dan menawarkan 29 bahasa yang berbeza bagi pengguna yang tinggal di luar Amerika Syarikat. Walaupun terdapat laman-laman video yang lain seperti Hulu, belum ada lagi yang berjaya seperti YouTube.


2. eBay – Mengubah cara kita menjual dan membeli


Ketika berbelanja secara online menjadi satu trend besar, eBay adalah salah satu laman web yang seharusnya di beri kredit dalam memajukan fenomena online ini . Walaupun sebahagian besar laman web ketika ini menawarkan pengguna kemampuan untuk membeli apa saja yang mereka inginkan secara online, eBay bukan saja menawarkan berbelanja secara online bahkan juga membolehkan pengguna untuk menawar beberapa item terhangat setiap tahun.

eBay membolehkan pengguna dari seluruh dunia membuat tawaran dan membeli item. Sesuatu yang menarik tentang laman web ini adalah kita membayar jauh lebih sedikit daripada apa yang kita beli di kedai-kedai bahkan lebih baik kerana item yang ada di  laman web ini mungkin tidak dijual di kedai berhampiran rumah kita. eBay telah menjadikannya  mudah untuk mencari beberapa item yang paling popular serta item yang mungkin lagi tidak dijual di kedai-kedai. eBay juga terkenal kerana kemampuannya membolehkan pengguna menjual pelbagai item, dari minyak wangi , pakaian , kasut dan apa saja. 


1. Google – Mengubah hampir kesemuanya

Kedengaran agak melampau tetapi itulah hakikatnya bahawa Google boleh di dapati di mana saja dan menwarkan apa saja yang kita inginkan. Apa saja jenis kegiatan yang kita lakukan secara online, dari menonton video, blogging, membaca berita tempatan online, kita mungkin secara tidak langsung bahkan tanpa disedari menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google. Apabila kita menonton video YouTube, kita menggunakan perkhidmatan Google. Jika kita pernah menggunakan Blogger, ia juga adalah perkhidmatan Google.

Google ada di mana-mana. Dari menonton video hinggalah memuatnaik gambar-gambar untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan keluarga, tanpa disedari Google adalah perkhidmatan yang sangat baik digunakan di seluruh dunia. Jika kita perlu mencari sesuatu tempat, kita mungkin pergi ke Google.com. Jika kita perlu mencari sesuatu, Google.com mungkin adalah tempat pertama kita akan pergi.



ads
1 Comments for "10 Website Yang Banyak Mengubah Kehidupan Kita"

yes...google 1st i agree

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...