Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Peralatan Terbaik Untuk Melihat Dan Mengesan Hantu

Kit pemburu hantu
Sekarang kita dapat lihat banyak drama atau filem berkisarkan tentang hantu ditayangkan di kaca tv mahupun pawagam. Tidak kurang juga dokumentari mengenai pemburu hantu baik di dalam negara mahupun di luar negara. Kumpulan penyelidik dan pemburu hantu yang terdiri daripada golongan profesional dan amatur juga dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa menyebabkan hantu-hantu tersebut tidak senang duduk kerana segala pergerakan mereka kini diawasi oleh golongan tersebut.Berikut merupakan beberapa peralatan terbaik dan canggih yang digunakan untuk melihat dan mengesan hantu. Kepada hantu-hantu diluar sana adalah dinasihatkan supaya tidak berkeliaran selepas jam 7 malam.


Alarm Motion Sensors
Alat ini boleh mengesan apa saja pergerakan di sekelilingnya dan ia akan berbunyi setelah mengesan sesuatu.


Digital Voice Recorders
Alat ini akan merekod sebarang bunyi atau EVP(electronic voice phenomena) di sekelilingnya.


EMF Detector
Electromagnetic Field Detector atau EMF merupakan peralatan yang penting kerana ia dapat mengesan dan menjejaki sumber tenaga yang mengalami gangguan akibat kehadiran hantu.


K2 Meter
Alat ini digunakan untuk mengukur cas elektromagnetik di udara yang dikatakan akan berubah apabila mengesan kehadiran hantu.


Infrared Laser Thermometer
Alat ini dapat mengukur suhu apabila ia dihalakan pada sesuatu objek. Perubahan suhu yang turun 10 darjah Celcius secara mendadak juga dikatakan berpunca daripada kehadiran hantu.


Night Vision Camera 
Alat ini berkeupayaan untuk melihat atau mengambil gambar yang jelas dalam keadaan atau persekitaran yang sangat gelap.
ads
0 Comments for "Peralatan Terbaik Untuk Melihat Dan Mengesan Hantu"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...