Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Kad poker pengganti pisau

Bai Dengchun, 23 tahun, berasal dari Wilayah Shandong di utara China , berkebolehan melempar kad dengan kekuatan dan ketepatan yang luar biasa di mana dia boleh memotong  timun atau meletupkan belon yang berada  sejauh 16 meter. Dia juga boleh memecahkan telur dan membuat ketukan pada hujung rokok yang menyala dari mulut perokok.

Orang tua Bai menghormati  haknya untuk menjadikan ia sebagai hobi walaupun menganggap ia hanya membuang masa. Mereka mengubah fikiran ketika menonton persembahan Bai dalam rancangan televisyen popular, China's Got Talent. Di bawah ini merupakan klip video persembahan Bai dalam rancangan tersebut.


Bai telah berlatih kung fu sejak kecil lagi, dan ironinya dia merupakan pemain poker yang malang.

"Ketika saya masih kecil saya suka bermain poker tapi selalu kalah ... Kad seperti anak panah kepada saya. Saya boleh mencapai sasaran apa pun dalam lingkungan lima meter (sekitar 10 kaki) radius, "kata Bai.


Dia mempraktikkan seni melemparkan kad sebagai senjata setiap hari selama tiga tahun.
ads
0 Comments for "Kad poker pengganti pisau"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...