Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

[GEMPAR] Makam Shakespeare akan digali semula?

dailymail.co.uk
Ilmuwan meminta izin untuk menggali semula makam pujangga William Shakespeare. Mereka ingin tahu bagaimana pencipta Romeo dan Juliet itu tewas.

Pasukan paleontologis menyatakan telah meminta kebenaran rasmi daripada  Church of England untuk menggali makam Shakespeare yang terdapat di dalam gereja itu iaitu dibahagian yang disebut Strattford-upon-Avon.

Mereka ingin menggunakan komputer berteknologi khas tiga dimensi  untuk mencipta semula si  pujangga.

Paleontologis ,Francis Thackeray yakin bahawa  dengan menggali semula pusaranya mereka akan mengetahui apa yang menyebabkan kematian Shakespeare pada tahun 1616. Profesor dari University of Witwatersrand di Johannesburg, Afrika Selatan  ini mengaku teruja dan ingin tahu.

"400 tahun setelah beliau meninggal, Shakespeare masih merupakan orang yang terkenal di dunia. Namun tiada siapa yang mengetahui secara sahih bagaimana beliau meninggal. Kami berharap dapat mengetahui sejarah dari segi perubatan secara utuh," ujarnya.

Thackeray menyatakan bahawa terdapat teknologi yang membolehkan tulang didedahkan tanpa perlu memindahkannya. Usul ini telah ada di fikirannya sejak 10 tahun lalu. Hal ini menjadi asas kepada permintaan yang dia ajukan secara rasmi kepada pihak gereja.

ads
0 Comments for "[GEMPAR] Makam Shakespeare akan digali semula?"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...