Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Kapal Firaun berusia 4500 tahun ditemui di Mesir

Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.

Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.

Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.

Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.

Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal  ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.


ads
2 Comments for "Kapal Firaun berusia 4500 tahun ditemui di Mesir"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...