Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 54 Di Sarawak

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 akan diadakan di Dewan Majlis Islam Sarawak bermula dari 13 Jun 2011 hingga 17 Jun 2011. Seramai 29 peserta akan mengambil bahagian pada majlis itu yang dianjurkan buat kali ke-3 di Sarawak.

Johan bagi Qari dan Qariah bakal membawa pulang hadiah bernilai RM15,000, Naib Johan RM7,000, tempat ketiga RM5,000 dan saguhati RM2,000 serta para pemenang juga akan menerima pakej Haji.

Pelbagai program sampingan akan diadakan sepanjang tilawah Al-Quran itu antaranya forum agama.Seramai 2,500 penonton dijangkakan akan hadir menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran itu sepanjang ia berlangsung. Majlis selama 5 hari ini akan dibawakan secara langsung di kaca TV.


ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 54 Di Sarawak"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...