Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Gua Menakjubkan Di Dunia

Gua merupakan salah satu tarikan semulajadi  yang menakjubkan dan indah di dunia. Setiap gua mempunyai pemandangan yang tersendiri  dan menjadi tarikan bagi penggemarnya.Terdapat juga gua komersial yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Ruby Falls di Amerika Syarikat. Berikut merupakan 7 gua yang menakjubkan di dunia.

1.Cave of Crystals (Mexico)


Gua Kristal, terletak di lombong Naica Chihuahua, Mexico, telah menawan hati dunia sejak pertama kali ditemui pada tahun 2000. Hutan kristal yang berada di bawah tanah dengan beberapa selenite kristal asli terbesar di dunia, dengan pembentukan kristal yang menakjubkan dengan ukuran lebih daripada 30kaki(9.2m) panjang dan lebih 4kaki (1.2m) diameter.


2.Majlis al Jinn Cave (Oman)

Gua Majlis al Jin terletak di kawasan terpencil Selma Plateau, Oman. Ia adalah satu gua menakjubkan yang boleh dicapai melalui rekahan dalam tanah dengan menggunakan tali. Tinggi gua ini sekitar 120 meter  hingga 150 meter manakala lantai gua pula iaitu 300 meter kali  200 meter dimana gua ini dapat memuatkan piramid terbesar, Piramid Giza Mesir. 


3.Eisriesenwelt Ice Caves (Austria)

Eisriesenwelt adalah gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Austria, kira-kira 40 km ke selatan Salzburg. Ia adalah gua ais terbesar di dunia mempunyai terowong sejauh kira-kira 42 km. Pelancong hanya dibenarkan melawat hanya pada kilometer pertama yang diseliputi ais manakala selebihnya adalah batu kapur.  


4.Fantastic Cave Pit (USA)

Fantastic Pit terletak di Gua Ellisons, timur Lafayette, GA. Ia sedalam  586', dikenalai sebagai gua terdalam di Amerika Syarikat. Pit ini cukup besar untuk memuatkan Washington Monument (555 '). Ia adalah rappel yang benar-benar hebat, ia mengambil masa hampir 8 saat untuk seketul batu mencecah bahagian bawah.


5. Cave of the Ghost (Venezuela)

Cave of the Ghost, atau "La Cueva del Fantasma" dalam bahasa Sepanyol adalah gua gergasi yang terletak di selatan Venezuela. Ia cukup besar hingga dua buah helikopter dapat mendarat  di dalamnya.


6.Škocjan Caves (Slovenia)

Gua Škocjan telah dimasukkan dalam senarai tapak warisan alam dan budaya dunia UNESCO pada tahun 1986. Ia diakui sebagai salah satu khazanah semula jadi bumi dan mewakili fenomena bawah tanah yang paling ketara dalam kedua-dua rantau Karst dan Slovenia.


7. Gua Niah (Malaysia)

Gua Niah merupakan gua yang terbesar di Malaysia dan ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak.

0 Comments for "Gua Menakjubkan Di Dunia"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...