Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53

Malaysia yang diwakili oleh Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan telah muncul sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Amirrahman dan Suraya merupakan johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Johan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tempat kedua dimenangi oleh Saudi M. Gandisa dari Filipina dan Noor Khalidah Kaspul Anwar dari Indonesia yang membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata beserta dengan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed dan qariah dari Singapura, Nur Azizah Sholichin yang membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata beserta sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai 2011 dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.
ads
Tag : Agama, Isu semasa
0 Comments for "Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...