Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Malaysia Gagal Ke Pusingan Ketiga Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014

Pasukan bola sepak Malaysia gagal  ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia menerusi agregat 6-4 setelah  seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya sebelum itu kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura pada hari Sabtu,23 Julai 2011. Biarpun gagal mara ke pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014,skuad Harimau Malaya telah mempamerkan aksi cemerlang di hadapan peminat tempatan yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang mematahkan setiap serangan dan percubaan berbahaya pihak lawan sepanjang perlawanan tersebut. Begitu juga dengan Mohd Safee Mohd Sali yang telah menjaringkan gol cantik pada minit ke-57 di mana ia sedikit sebanyak memberi harapan dan menceriakan peminat bola sepak Malaysia.

Gol tunggal Singapura pula telah dijaringkan oleh Shi Jiayi pada minit ke-72 yang telah mengambil kesempatan disebalik kealpaan benteng pertahanan dengan membuat gerakan solo mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura.

ads
Tag : Isu semasa, Sukan
0 Comments for "Malaysia Gagal Ke Pusingan Ketiga Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...