Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Honda Panggil Semula 2.49 Juta Kenderaan Seluruh Dunia

Reuters.com
Honda Motor Co Ltd akan memanggil semula 2,49 juta kereta, SUV dan van mini di seluruh dunia, termasuklah keretanya yang popular iaitu Accord sedan, untuk membaiki masalah perisian yang boleh merosakkan transmisi automatik. Ia termasuklah 1.5 juta kenderaan di Amerika Syarikat, kira-kira 760,000 di China dan 135,142 di Kanada.

Panggilan semula ini melibatkan kereta Accord sedan empat silinder bagi model yang dibuat pada tahun 2005 hingga 2010.

Syarikat itu juga menarik balik kenderaan di beberapa bahagian Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Mexico dan Puerto Rico namun ia tidak melibatkan kenderaan yang dijual di pasaran Jepun. Setakat ini tiada kecederaan atau kematian telah dilaporkan berhubung masalah itu.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, panggilan semula juga melibatkan CR-V crossover bagi model yang dibuat pada tahun 2007 hingga 2010, serta Element SUV dari tahun 2005 hingga 2008.

Di China, panggilan semula melibatkan model Accord termasuklah lebih daripada 160,000 van mini Odyssey dari tahun 2005 hingga 2009 dan kira-kira 4,000 kereta Spirior iaitu versi Accord Eropah, bagi tahun 2010.

Tanpa mengemas kini perisian tersebut, transmisi automatik dalam kenderaan ini boleh rosak jika pemandu menukar gear dengan cepat.

Honda berkata, masalah mungkin timbul jika transmisi ditukar dengan cepat antara reverse, neutral dan posisi drive. Pemandu mungkin melakukannya dalam usaha untuk keluarkan kenderaan yang tersekat di dalam lumpur atau salji.

Kemaskini perisian modul kawalan transmisi akan memudahkan penukaran antara gear dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kerosakan.

Honda akan memaklumkan pengguna di Amerika Syarikat pada akhir bulan Ogos tetapi ia tidak mendedahkan kos panggilan semula ini.

Kemas kini perisian akan mengambil masa kira-kira setengah jam, tetapi pelanggan AS mungkin terpaksa meninggalkan kereta mereka di pengedar Honda bagi tempoh yang lebih lama.

Sumber : Reuters

ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Honda Panggil Semula 2.49 Juta Kenderaan Seluruh Dunia"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...