Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Isuhangat - Windows Phone Nokia Bakal Dilancarkan

winrumors.com

Microsoft dan Nokia bakal melancarkan telefon bimbit Windows Phone Nokia hasil kerjasama antara kedua-dua pihak di Cologne,Jerman pada 17 Ogos 2011. Ini merupakan kali pertama Nokia memperkenalkan secara rasminya  telefon bimbit Windows.

Ketua Pegawai Eksekutif Nokia  ,Stephen Elop  mendedahkan bahawa Windows Phone Nokia ini diterima baik oleh mereka yang bernasib baik untuk menggunakannya lebih awal. "Mereka yang telah menggunakan Windows Phone Nokia  ini sangat optimis mengenai pasaran dan peluang jangka panjang telefon bimbit  Nokia ini," kata Elop. Elop juga mendedahkan bahawa Nokia merancang untuk meluaskan pasaran Windows Phone Nokia setiap suku tahun akan datang.

Windows Phone Nokia yang pertama
, "Sea Ray" menjadi isuhangat apabila ia bocor di internet bulan lepas selepas Elop menunjukkan telefon bimbit  tersebut pada mesyuarat dalaman syarikat. Telefon bimbit ini dijangka boleh didapati pada akhir tahun ini. Reka bentuk telefon bimbit  ini hampir sama dengan Nokia N9 yang diumumkan baru-baru ini. Telefon bimbit ini mempunyai  ciri-ciri seperti  “gorilla glass”,” pillow shaped backing” dan kamera Carl Ziess  8MP.

Nokia merancang untuk mengadakan persidangan tahunan Nokia World pada 26-27 Oktober  di London. Nokia World biasanya digunakan untuk melancarkan produk baru sebelum musim cuti. Nokia merancang untuk melancarkan Windows Phone Nokia pertama di enam negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Belanda. Telefon bimbit Windows Nokia kini dilabelkan dengan "W" (untuk Windows).     
    
ads
Tag : Teknologi
1 Comments for "Isuhangat - Windows Phone Nokia Bakal Dilancarkan"

Aplikasi game Lingo Melayu 6 Abjad untuk Windows Phone
http://www.windowsphone.com/s?appid=775173f4-fd0b-4c16-b2ab-2477d1b3f3eb

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...