Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highland

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada hari Ahad, 7 Ogos 2011 telah mengorbankan seorang wanita manakala seorang lelaki dan wanita cedera parah dalam kejadian tersebut.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands , kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampong di mana punca kejadian masih belum diketahui.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. Mangsa yang cedera telah dikenal  pasti sebagai penduduk perkampungan Orang Asli manakala identiti mangsa yang terkorban masih belum diketahui.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Terkini

Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada jam 1.50 pagi selepas mangsa terakhir ditemui pada jam 1.20 pagi. Tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil ini telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil didiami kira-kira 1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli yang paling lama wujud di situ. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata.



ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highland"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...