Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Windows 8 Bakal Dilancarkan Oleh Microsoft

digitaltrends.com
Windows 8 bakal dilancarkan oleh Microsoft dalam waktu terdekat ini. Versi pra-pelancaran telah diberikan kepada pengguna untuk diuji.

Tahun 2011 adalah tahun kejayaan Windows 7. Namun Microsoft tidak berhenti mengembangkan Windows versi terbarunya iaitu Windows 8.

Microsoft berjanji akan memperkenalkan Windows 8 secara rasmi pada persidangan BUILD di California pada 13-16 September 2011.Menurut pengumuman rasminya, OS ini lebih berkuasa, serasi, dan selamat.

Presiden Windows, Steven Sinofsky pernah mengatakan bahawa Windows 8 banyak dibincangkan orang ramai, tetapi tidak secara terbuka. Microsoft akhirnya telah membina blog dan Twitter sebagai medium yang membolehkan pengguna dan Microsoft berinteraksi dalam membincangkan kekurangan dan kelebihan Windows 8.

Sinofsky juga mengatakan sistem operasi ini akan mula digunakan oleh beberapa orang yang terpilih untuk menguji OS Windows 8 versi pra-pelancaran, dan membuka dialog dengan mereka selama beberapa bulan akan datang bagi mengatasi kekurangan dan menambahbaik sistem operasi tersebut.

ads
Tag : Teknologi
0 Comments for "Windows 8 Bakal Dilancarkan Oleh Microsoft"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...