Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Hukum Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia - TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukuman hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, di sini, Khamis.
 
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata penjelasan dan pemahaman hukum itu perlu diperluaskan terlebih dahulu bagi memastikan semua rakyat di negara ini benar-benar memahami hukum tersebut.

"Saya sebagai seorang Islam saya tidak tolak hukum hudud. Itu sudah menjadi satu kenyataan dari segi hukum syarak tapi dari pelaksanaan itu menjadi pokok perbahasan hari ini. Kalau Nik Aziz kata nak laksanakan di Kelantan, itu soal dia," katanya.

-- BERNAMA

ads
Tag : Isu semasa
2 Comments for "Hukum Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia - TPM"

Assalamualaikum, saya rasa hukum hudud ni wajib dilaksanakan kerana ini ialah tuntutan agama... Malaysia ialah negara Islam bukan? mengapa perlu mengetepikan hak agama Islam sbgai agama rasmi? jika seseorang pesalah boleh dilepaskan hanya sekadar diikat jamin semata-matatanpa sebarang hukuman ini tidak adil kepda mereka yg tidak berharta... dan saya yakin hukuman hudud boleh `mengurangkan kadar jenayah seperti kadar pembuangan bayi yg smakin bermaharajalela di MALAYSIA.

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

saya rasa hukuman sivil amat KEJAM berbanding hukuman hudud

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/554478_468530869830741_1232559307_n.jpg

Klau ikut cdangan aq, aq buat gini, ISLAM dkenakn hkum hdud & X ISLAM dkenakan hkum SIVIL.

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...