Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Model Kereta Myvi 1.5 Baru Diperkenal September 2011

Gambar model kereta Myvi 1.5 baru 2011
Gambar daripada paultan.org
Model kereta Myvi 1.5 baru akan mula diperkenal oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada 15 September 2011.

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh tempahan bagi varian premium dan sporty akan dibuka bermula 12 September 2011.

Harga bagi model kereta Myvi 1.5 baru tidak dinyatakan beliau tetapi ia dikategorikan sebagai mampu milik.

Model kereta Myvi 1.5 baru ini didatangkan dalam empat varian yang mempunyai transmisi manual dan automatik. Model baru itu juga menawarkan lima warna dengan warna terkini iaitu kuning Majestic.

Model kereta Myvi 1.5 baru ini diperkenalkan kerana terdapatnya permintaan tinggi daripada orang ramai yang mahukan sebuah Myvi yang mempunyai enjin berkapasiti besar dan ia hanya dikeluarkan di Malaysia buat masa ini.

Perodua menjangkakan Myvi 1.5 bakal menyumbang separuh daripada 8,000 buah model Myvi baru yang terjual setiap bulan.

Selain itu, model baru Myvi 1.3 terus mendapat sambutan sejak diperkenalkan Jun lalu dengan 18,000 unit telah terjual dengan 34,000 tempahan setakat ini.
ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Model Kereta Myvi 1.5 Baru Diperkenal September 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...