Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Pinjaman Perbelanjaan PTPTN Dicadang Dihentikan Mulai 2013

TEMERLOH, 4 Nov (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Okt lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.

Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.

-- BERNAMA 
Tag : Isu semasa
5 Comments for "Pinjaman Perbelanjaan PTPTN Dicadang Dihentikan Mulai 2013"

macam mane nak sambung degree kalau tak ada ptptn ? family yang kaya tak ada hal la , kalau family yg susa tu macam mane plak ?

@mareenaia cuma cadangan..kalau btol2 dilaksanakan mmg student terpaksa la wat pinjaman bank pasni..

pembiayaan yuran pengajian masih diteruskan, ni cuma cadangan utk henti pinjaman perbelanjaan...

dlm bahasa mudah, PTPTN akan byr yuran pengajian, cuma duit utk makan minum kena cari sendiri la..

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...