Sunday, November 6, 2011

Shicheng City : Kota Berusia 1339 Tahun



Pada bulan Februari lalu, Majalah Chinese National Geographic telah menerbitkan satu siri gambar-gambar yang indah mengenai Shicheng City (secara literal, Lion City), dan sejak itu, ia membangkitkan minat yang tinggi orang awam terhadap kotaraya tersebut.

Kota berusia 1339 tahun itu, yang terletak di Provinsi Zhejiang, timur China, telah tenggelam di bawah Qiandao Lake sejak tahun 1959 kerana pembinaan Stesen Kuasa Hidro Xin'an.

Kota yang tenggelam di dalam air tersebut berada dalam keadaan stabil kerana ia terlindung daripada hakisan angin, hujan dan matahari. Daripada gambar yang diambil,dapat dilihat bahawa tangga di rumah purba, dinding dan gerbang memorial kekal yang sama seperti beribu-ribu tahun yang lalu.

Shicheng City telah dinamakan sempena Wu Shi Mountain (secara literal, Five Lion Mountain) di bahagian utara Sui'an County, Zhejiang. Ia pernah menjadi pusat politik, ekonomi dan budaya Sui'an County di kawasan itu.

Seperti yang ditulis dalam "Sejarah Sui'an County," terdapat 265 gerbang yang tenggelam di bawah Qiandao Lake, antaranya ialah ukiran halus Jie Xiao Memorial Arch yang masih kekal terpelihara.

Menurut peta yang dipulihkan daripada Shicheng, terdapat lima pintu gerbang di semua arah. Anda boleh mencari satu pintu gerbang menara pada setiap pintu kota dan kesemuanya terdapat lima menara. Selain itu, enam jalan di Shicheng City telah digunakan untuk menyambung setiap sudut bandar secara keseluruhannya. Jalan yang terdapat di Shicheng City ialah jalan batu, berturap dengan batu hambar dan batu-batu kecil.




Sumber

5 comments:

afqh said... Reply to comment

wah
ada rahsia dalam air
t.kasih share

red ONe said... Reply to comment

@afqh

sama2
rajin2 la melawat blog ni
;D

Hans said... Reply to comment

wah...ada dalam air rupanya

pecahcom.com said... Reply to comment

kat china memang byk tempat2 menarik...yg ni 1st time dengar...hehe

princess ayu said... Reply to comment

wahh macam kisah ada hidden treasure lak dalam tu hehe


kad kahwin syeera Ayob dan Zahiril Adzim bertemakan Vintage super gorjess

Post a Comment

Share
this page
LePaK SiNi