Gambar dibawah sekadar hiburan sahaja
Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam

Sunday, March 27, 2011
Saturday, March 26, 2011
Sunday, March 20, 2011
Libya Bahagikan 1 Juta Senjata Kepada Warganegaranya
Libya telah mula membahagikan senjata kepada lebih daripada satu juta warganegaranya dan akan menyelesaikan operasi "dalam sejam," lapor agensi berita negara hari ini.
Operasi itu muncul selepas rejim Muammar Gaddafi mendakwa 64 orang mati akibat serangan udara pihak Barat terhadap negara itu, meningkat dari angka sebelumnya iaitu 48 orang, namun tidak memberikan bukti atau butiran lebih lanjut.
Laksamana Mike Mullen, Pengerusi Ketua Gabungan Staf AS, mengatakan kepada NBC bahawa dia tidak melihat ada laporan tentang korban awam akibat gabungan operasi ketenteraan tersebut.

Sumber
Monday, March 14, 2011
Penyimpan Data 20GB Tahun 1980 Dan 32GB Tahun 2010
Gambar berikut merupakan perbandingan antara penyimpan data 20GB (8 X 2.5GB) pada tahun 1980 dan penyimpan data 32GB pada tahun 2010. Daripada perbandingan ini, penyimpan data 20GB pada tahun 1980 adalah 648.000% hingga 758.400% lebih mahal dan 440000000% lebih berat daripada penyimpan data 32GB pada tahun 2010.
Monday, March 7, 2011
Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.
"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.
Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz dengan Ayah Pin adalah sangat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.
"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.
Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.
"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya.

Sumber : Sinar Harian
Sunday, March 6, 2011
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Dan DUN Merlimau
Calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.
Syed Ibrahim, 44, memperoleh 5,060 undi manakala Hassanuddin, 43, mendapat 2,336 undi.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam.
Sebanyak 90 kertas undi ditolak.
Sejumlah 7,486 pengundi atau 83.20 peratus daripada 8,999 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi berkenaan dimenangi calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim, dengan majoriti 1,615 undi.

Manakala di Merlimau pula,Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.
Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad 2,319 undi.
-- BERNAMA

Gambar yang jarang kita lihat - Kota China kurang 100 tahun yang lalu
Dua abad terakhir menyaksikan perkembangan teknologi dan peradaban manusia berlaku dengan pantas memberi peluang untuk manusia mengubah cara hidup mereka.China adalah salah satu negara yang telah berjuang melawan kemiskinan untuk tempoh waktu yang lama tetapi ekonomi yang kuat akhirnya menampakkan hasil dan perubahan.Di bawah ini merupakan beberapa gambar bandar di China beberapa dekad yang lalu.
Singa Betina Membunuh Buaya Selepas Cuba Menyerang Anaknya
Tiga ekor singa betina menerkam seekor buaya dalam satu adegan luar biasa selepas reptilia itu cuba menyerang seekor anak singa. Naluri singa betina yang bersifat pelindung cuba menangkis serangan pemangsa yang agresif dengan cara mengepung buaya itu dan akhirnya menyerang pemangsa tersebut secara berkumpulan sehingga mati.
Adegan itu telah ditangkap oleh Tony Goldman ketika dalam perjalanan ke Duba Plains, di Botswana, bersama anaknya. Tony, 58, ahli kardiologi, berkata: "Singa betina baru saja membunuh seorang kerbau dan tiba-tiba seekor buaya keluar dari air dan menerpa ke arah singa untuk mendapatkan daging.

Tuesday, March 1, 2011
Bersolat Dengan Sebelah Kaki Sahaja?
Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60 tahun sedang bersolat dengan hanya menggunakan sebelah kaki sahaja. Pakcik tersebut bernama Yasin dan berasal dari Turki . Dapat dilihat dalam video tersebut orang-orang disekelilingnya sedang duduk berehat selepas selesai Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) sedangkan pakcik itu masih meneruskan solatnya.
Bagaimana pula dengan kita? Masihkah ada alasan untuk tidak bersolat? Sama-sama kita muhasabah diri dan saling nasihat-menasihati antara satu sama lain.

Subscribe to our RSS Feed
Follow Us on Twitter