Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Saturday, July 30, 2011

Malaysia Memerlukan Sehingga 60,000 Jurutera Setahun


SEREMBAN, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan antara 40,000 hingga 60,000 jurutera tempatan setahun bagi menampung pembangunan ekonomi dan keperluan pelabur asing yang membuka cawangan perniagaan mereka di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata buat masa ini Malaysia hanya mengeluarkan 20,000 jurutera tempatan setahun.

"Kekurangan jurutera ini adalah masalah global kerana lebih ramai anak muda pada hari ini lebih berminat dalam bidang guaman, akauntan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Samsung Senawang, di sini.

Friday, July 29, 2011

E-Kad Ucapan Menyambut Ramadhan


Koleksi E-Kad yang mengandungi ucapan dan nasihat daripada iluvislam.com sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga bermanfaat untuk kita. *Klik pada gambar untuk imej lebih besar.

Malaysia Gagal Ke Pusingan Ketiga Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014


Pasukan bola sepak Malaysia gagal  ke pusingan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia menerusi agregat 6-4 setelah  seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya sebelum itu kalah 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singapura pada hari Sabtu,23 Julai 2011. Biarpun gagal mara ke pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014,skuad Harimau Malaya telah mempamerkan aksi cemerlang di hadapan peminat tempatan yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang mematahkan setiap serangan dan percubaan berbahaya pihak lawan sepanjang perlawanan tersebut. Begitu juga dengan Mohd Safee Mohd Sali yang telah menjaringkan gol cantik pada minit ke-57 di mana ia sedikit sebanyak memberi harapan dan menceriakan peminat bola sepak Malaysia.

Gol tunggal Singapura pula telah dijaringkan oleh Shi Jiayi pada minit ke-72 yang telah mengambil kesempatan disebalik kealpaan benteng pertahanan dengan membuat gerakan solo mengatasi tiga pemain pertahanan negara sebelum menyumbat gol penyamaan Singapura.

Sunday, July 24, 2011

Gua Menakjubkan Di Dunia


Gua merupakan salah satu tarikan semulajadi  yang menakjubkan dan indah di dunia. Setiap gua mempunyai pemandangan yang tersendiri  dan menjadi tarikan bagi penggemarnya.Terdapat juga gua komersial yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Ruby Falls di Amerika Syarikat. Berikut merupakan 7 gua yang menakjubkan di dunia.

1.Cave of Crystals (Mexico)


Gua Kristal, terletak di lombong Naica Chihuahua, Mexico, telah menawan hati dunia sejak pertama kali ditemui pada tahun 2000. Hutan kristal yang berada di bawah tanah dengan beberapa selenite kristal asli terbesar di dunia, dengan pembentukan kristal yang menakjubkan dengan ukuran lebih daripada 30kaki(9.2m) panjang dan lebih 4kaki (1.2m) diameter.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53


Malaysia yang diwakili oleh Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan telah muncul sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Amirrahman dan Suraya merupakan johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Johan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tempat kedua dimenangi oleh Saudi M. Gandisa dari Filipina dan Noor Khalidah Kaspul Anwar dari Indonesia yang membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata beserta dengan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed dan qariah dari Singapura, Nur Azizah Sholichin yang membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata beserta sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai 2011 dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.

Thursday, July 21, 2011

Malaysia Menentang Singapura 23 Julai 2011


Malaysia menentang Singapura .

Pasukan bola sepak Malaysia akan menentang Singapura pada hari Sabtu,23 Julai 2011 bermula 7.25 malam di Stadium Jalan Besar Republik Singapura. Skuad bola sepak kebangsaan telah berlepas ke Singapura pada hari Khamis dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.

 
Barisan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal akan diwakili oleh barisan pemain seperti : 

Khairul Fahmi Che Mat
Mahali Jasuli
Mohd Farisham Ismail
Mohd Asruddin Putra Omar
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhil Mohd Shas
Mohamad Aidil Zafuan
Safiq Rahim
Ismail Faruqi Ashari
Mohd Safee Mohd Sali
Mohamad Azmi Muslim
Amar Rohidan
Ahmad Fakri Shaarani
Baddrol Bakhtiar
Gurusamy G.Kandasamy
Kunalan Subramaniam
Helmi Remeli
Mohamad Ashari Samsudin
Abdul Hadi Yahaya
Mohd Sharbaniee Allawee
Mohd Nasril Mat Nourdin
Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid
Izzaq Faris Ramlan

Empat pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan Arsenal dan Liverpool.

Malaysia vs Chelsea : 21 Julai 2011



Malaysia menentang Chelsea .

Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan skuad olimpik Malaysia dan Chelsea akan diadakan pada hari Khamis,21 Julai 2011 bermula 8.45 malam. Perlawanan bola sepak persahabatan ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan ‘The Blues’ telah mengalahkan skuad kebangsaan 2-0 di Stadium Shah Alam dalam pertemuan terakhir pada tahun 2008.

Monday, July 18, 2011

Kreatif - Motorsikal Konsep Terbaru Daripada Honda



Sebuah motorsikal konsep terbaru daripada Honda (Stateline “Slammer” Concept) telah berjaya disiapkan oleh Erik Dunshee,dari Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Honda Amerika. Motorsikal  yang direka khas dengan kreatif ini telah berjaya disiapkan dalam masa 3 bulan sahaja dengan bajet yang terhad.
 
Spesifikasi Teknikal:
- Enjin VT1300cc
- Tayar hadapan 23″ direka khas
- Fully “Air ride adjustable” suspensi depan & belakang 6” tinggi hingga 2.25” rendah
- Sistem  Navavigasi/Unit Multimedia dengan paparan kelajuan “GPS”
-  Ekzos berkembar yang direka khas

Jualan Kereta Proton Atasi Perodua


Jualan kereta Proton Holdings Bhd menduduki tangga teratas pada separuh pertama tahun 2011 atasi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan 74,519 unit dijual berbanding Perodua sebanyak 62,584.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Proton meningkat daripada 65,918 yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas manakala  Perodua mencatatkan penurunan daripada 71,375 sebelumnya.

Toyota menduduki  tempat pertama bagi bagi jualan segmen kereta bukan nasional dengan 21,653 unit dijual pada separuh pertama walaupun penurunan daripada 25,697 unit dijual sebelumnya, diikuti oleh Honda dengan jualan sebanyak 15,807 unit berbanding dengan 18,796 unit dijual sebelumnya.

Kesan gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada Mac terhadap bekalan dari Jepun serta pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967 menjadi antara faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi yang kurang memberangsangkan tahun ini.

Menurut MAA, pindaan akta berkenaan menjadikan proses penyelesaian jualan mengambil masa yang menyebabkan kelewatan pendaftaran kenderaan baru.

Bagaimanapun, persatuan mengunjur jualan akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini dengan pengeluaran dijangka pulih ke paras normal mulai Ogos serta dengan pengenalan model baru.

Namun begitu, MAA menyemak turun unjuran jualan industri kenderaan bagi tahun ini kepada 608,000 unit, daripada anggaran awal sebanyak 618,000. Tahun lepas jumlah jualan industri sebanyak 605,156 unit.

-- Diolah semula dari sumber BERNAMA

Friday, July 15, 2011

Semakan Keputusan Kemasukan Ke IPTA 2011 Bagi Calon Lepasan STPM


Semakan keputusan kemasukan IPTA 2011/2012 bagi calon lepasan STPM  boleh disemak mulai Jumaat,15 Julai 2011 selepas jam 12 tengah hari. Semakan juga boleh dibuat secara online dan juga sms. Berikut adalah cara semakan ke IPTA bagi calon lepasan STPM untuk kemasukan sesi akademik 2011/2012:

1. Semakan secara online
 




2.Semakan melalui SMS

Taip <UPU RESULT>  < No.Kad Pengenalan> dan hantar ke 15888


Tahniah diucapkan kepada calon STPM yang berjaya ke IPTA untuk kemasukan sesi akademik 2011/2012.

Teka-teki lawak



Koleksi teka-teki lawak jenaka untuk hiburan kita.

Soalan:Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin.

Soalan:Binatang ape power Karate?
Jawapan: Kuda belang.Cube kira brape black belt dia ade.

Soalan:Siape yang menemukan dompet kulit?
Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Wednesday, July 13, 2011

Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011



Malaysia menentang Liverpool

Pasukan Liverpool FC , yang menduduki tangga keenam EPL musim 2010/2011 bakal tiba di Malaysia buat kali pertama pada hari Khamis,14 Julai 2011 dalam Siri Jelajah Asia 2011. Pasukan “The Reds akan menentang Pasukan Malaysia pada hari Sabtu,16 Julai 2011 bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Pasukan “The Reds” baru sahaja selesai mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan China dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi Khamis.

Kreatif - Barang Unik Dari Bahan Komputer Terbuang



Komputer memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita seharian. Hampir setiap rumah di negara maju memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer. Bagi yang kreatif,mereka akan mereka-bentuk komputer mengikut citarasa mereka sendiri seperti komputer dalam botol ini.

Dengan teknologi yang berkembang pantas setiap hari di mana setiap orang inginkan teknologi komputer yang terkini menyebabkan berlakunya lambakan komputer terbuang.Bahan-bahan dari komputer yang terbuang ini sekiranya dikitar semula dapat dijadikan sesuatu rekaan yang berguna seperti jam,pendrive,pengasah pisau,bekas pensel dan pen,perhiasan dan lain-lain lagi. Berikut merupakan contoh barang unik yang dikitar semula dengan kreatif dari bahan komputer terbuang :

Tuesday, July 12, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53  akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra bermula Sabtu ini, 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian iaitu 50 qari dan 31 qariah.

Majlis tilawah yang berlangsung selama lapan malam ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" dijadual dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jumlah peserta dan negara yang menyertai tilawah kali ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu 76 peserta dari 47 negara.

Malaysia akan diwakili qari Negeri Sembilan, Amirrahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan yang muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Selain hadiah wang tunai RM32,200, johan tilawah akan membawa pulang piala iringan, beserta cenderamata dan sijil penyertaan manakala naib johan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala qari dan qariah lain akan menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Orang ramai dapat menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53  secara langsung menerusi televisyen atau web TV Jakim di www.islam.gov.my bermula pukul 8.30 malam.


-- Dioalah semula dari sumber BERNAMA         

Monday, July 11, 2011

Malaysia vs Arsenal : 13 Julai 2011


Malaysia menentang Arsenal .

Perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Arsenal akan diadakan pada hari Rabu,13 Julai 2011 bermula 8.45 malam. Perlawanan bola sepak persahabatan ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memuatkan 100,000 penonton.


Tiket  perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Arsenal

Penganjur perlawanan iaitu ProEvents International Sdn Bhd (ProEvents) mengehadkan tiket kepada 85,000 walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan 100,000 penonton. Tiket perlawanan masih dijual hingga kini di mana sebanyak 48,000 tiket telah berjaya dijual. Harga tiket adalah RM58,RM68,RM108 dan RM388 boleh didapati di kedai sukan Nike yang terpilih serta Tiketpro.


Siaran langsung perlawanan

Perlawanan persahabatan ini akan bersiaran secara langsung di Astro Supersport 3 (817) pada pukul  8.45 malam .Seterusnya Pasukan Malaysia akan menentang Pasukan Liverpool pada hari Sabtu,16 Julai 2011.


Keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arsenal

Keputusan perlawanan persahabatan kali ini berakhir dengan kemenangan Pasukan Arsenal menumpaskan Pasukan Malaysia 4 - 0 . Gol-gol telah dijaringkan oleh Ramsey dan Theo Walcott pada separuh masa pertama ditambah dengan jaringan oleh Carlos Vela dan Rosicky pada separuh masa kedua.

Rumah Atas Pokok Terbesar Di Dunia


amusingplanet.com

Horace Burgess, seorang warga Tennessee, Amerika Syarikat telah membina rumah atas pokok terbesar di dunia setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di Crossville, Tennessee, AS, ini terdiri dari 10 tingkat dengan lebih dari 80 bilik dan 12 beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11 kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian atasnya terdapat sebuah menara loceng.

Sebab Jari Kecut Apabila Basah


stanford.edu

Antara sebab jari kita menjadi kecut apabila basah adalah kerana ia menyerap terlalu banyak air. Menurut Mark Changizi, ahli neurobiologi dari Lab 2AI di Boise, Idaho, hujung jari manusia perlu berkerut atau kecut, sebagai bentuk adaptasi yang membantu manusia memegang dengan erat ketika tangannya licin kerana basah.
Penjelasan yang masuk akal. Bayangkan ketika berada di kolam renang, kita tergelincir dan tidak dapat keluar dari kolam kerana jari kita tidak dapat memegang tangga. Bahaya bukan?

Ketika kecut, jari kita mempunyai tekstur rendah dan tinggi. Pada bahagian yang tinggi, permukaan kulit jari tetap dalam keadaan kering, sementara air mengalir melalui celah yang rendah. Ini membolehkan jari dapat memegang benda dengan baik walupun dalam keadaan basah.

Hipotesis Mark ini selangkah lebih maju dari pemahaman umum yang mengatakan jari kecut ini hanya kerana ia menyerap banyak air.

Saturday, July 9, 2011

Video Perhimpunan BERSIH 2.0 di luar negara


Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 di Malaysia turut diadakan serentak di seluruh dunia seperti di Australia ,New Zealand,Singapore dan Hong Kong. Berikut merupakan video perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah diadakan di luar negara.

Ketahui hak-hak anda apabila ditahan polis Malaysia


KETAHUI HAK-HAK ANDA APABILA DITAHAN PIHAK POLIS

APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau

Kad Kuasa Polis
Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung. Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkan beliau.

Warna-warna lain:
Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawahInspektor
Warna Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.

Di dalam Pakaian Seragam
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.

Kenderaan Polis
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tersebut.

Thursday, July 7, 2011

Program Menu Rakyat 1Malaysia Ringankan Beban Rakyat


Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan.

Program 'Menu Rakyat 1Malaysia' telah dilancarkan hari ini selepas 'Kedai Rakyat 1Malaysia' yang telah dilancarkan pada 22 Jun lepas bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, yang kini menyaksikan lebih ramai makan di luar. Program ini telah dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di premis 'Q' Bistro Nasi Kandar.

Mulai Khamis, rakyat boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program 'Menu Rakyat 1Malaysia'.

Ismail Sabri berkata premis makanan terbabit dijangka meningkat kepada 1,000 termasuk di Sabah dan Sarawak, sebelum hujung tahun ini.

Kelantan Juara Liga Super 2011


KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kelantan berjaya muncul juara Liga Super buat julung kali selepas mengutip mata berharga dengan menumpaskan Sabah 2-1 pada perlawanan akhir musim 2011 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Rabu malam.

Kelantan, yang meraih Piala Sumbangsih 2011, berjaya menafikan juara bertahan Selangor dengan perbezaan empat mata manakala Terengganu berjaya menduduki tangga kedua liga dengan 53 mata.

Kejayaan Kelantan itu sekaligus bagaikan kejayaan misi membalas dendam buat negeri Cik Siti Wan Kembang apabila sekadar menjadi naib juara Liga Super musim lalu dan secara automatik layak menempah slot beraksi pada Piala AFC 2012.

Selaku juara Liga Super, Kelantan bakal mendapat hadiah wang tunai RM500,000 sementara naib juara mendapat RM300,000.

Monday, July 4, 2011

Isu hangat - Perokok Perempuan Kurang Risiko Obesiti


medindia.net

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Laurence Gruer dari NHS Health Scotland menjadi isu hangat apabila ia menunjukkan bahawa perempuan yang merokok kurang berisiko menghadapi masalah kegemukan.

Kajian yang diterbitkan oleh British Medical Journal ini melibatkan 8000 wanita berusia antara 45 tahun hingga 64 tahun menunjukkan bahawa 60% wanita yang tidak merokok cederung mengalami obesiti jika dibandingkan dengan 40% wanita yang merokok.

Namun demikian, Prof. Johan Mackenbach dari Erasmus Medical Centre in Rotterdam menekankan bahawa risiko kematian akibat merokok tetap lebih besar berbanding kegemukan.

Ambiga Sedia Batal Perhimpunan Haram Sekiranya Dititahkan Demikian Oleh Agong


PETALING JAYA, 4 Julai (Bernama) -- Pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S.Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan haram itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: "Ya".

Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.

"Kami akan buat pengumuman selepas kami mempersembahkan keputusan kami kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami akan akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong..

9 Ciri-ciri Menarik Yang Ada Pada Google+



Google secara rasmi akan  melancarkan rangkaian sosialnya yang menjadi isu hangat sekarang iaitu Google + yang didakwa lebih baik dari segi privasi berbanding pesaingnya.

Google mengaku berupaya memberi  ‘cermin’ yang dapat mendekati ‘kehidupan nyata’kepada pengguna berbanding pesaingnya, termasuk Facebook dan Twitter. Jaringan sosial baru ini membolehkan pengguna secara selektif berkongsi dengan kumpulan tertentu dalam lingkaran teman yang ada.

Berikut merupakan 9 ciri-ciri menarik yang ada pada Google+ seperti yang ditulis oleh Huffingtonpost:

Sunday, July 3, 2011

Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia


KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua di Stadium Taipeh, Taiwan, Ahad malam.

Malaysia, yang mengalah Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu, melangkah ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

Kejayaan skuad Harimau Malaya itu membolehkan anak buah Datuk K. Rajagobal bertemu Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik itu pada 23 Julai ini.

Perlawanan timbal balik dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Julai ini.

22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut dalam Al-Quran


Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.

Friday, July 1, 2011

Jangan Sertai Perhimpunan Haram BERSIH 2011 - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


KUALA TERENGGANU, 30 Jun (Bernama) -- Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram BERSIH 2011 yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.

"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.

"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di sini pada Khamis.

Share
this page
LePaK SiNi