Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Saturday, August 27, 2011

Koleksi Gambar Letupan Nuklear Atmosfera


Letupan nuklear atmosfera dikaitkan dengan awan cendawan yang boleh menghasilkan sinaran radioaktif.Senjata nuklear adalah agak berbeza daripada senjata biasa kerana jumlah tenaga letupan yang dihasilkan adalah besar dan meninggalkan kesan-kesan yang berbeza, seperti suhu yang tinggi dan radiasi nuklear. Radiasi nuklear ini boleh menyebabkan mutasi genetik, keracunan radiasi, dan kematian.

Berikut merupakan koleksi gambar letupan nuklear yang menunjukkan betapa besarnya jumlah tenaga letupan yang terhasil dan boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar.


Thursday, August 25, 2011

Cara Hasilkan Api Dari Ais


Video menarik dan kreatif tentang cara hasilkan api dari ais.Video selama 3 minit ini menunjukkan cara membentuk ais menjadi seperti kanta sebelum ia boleh digunakan untuk menghasilkan api. 

Saturday, August 20, 2011

Ramalan Cuaca Di Google Maps



Ramalan cuaca di Google Maps kini boleh digunakan oleh pengguna untuk melihat sendiri keadaan cuaca di bandar-bandar besar di Malaysia mahupun seluruh dunia .

Google Maps bukan sahaja menampilkan peta seperti sebelum ini bahkan memberi informasi tentang cuaca dari lokasi-lokasi seluruh dunia. Ia member kemudahan kepada pengguna untuk merancang perjalanan ke sesuatu lokasi.

Untuk fungsi terbaru ini, Google telah bekerjasama dengan weather.com dan pengguna boleh menggunakan fungsi terbaru ini dengan klik pada menu kanan di bahagian atas Google Maps.

Thursday, August 18, 2011

Windows 8 Bakal Dilancarkan Oleh Microsoft


digitaltrends.com
Windows 8 bakal dilancarkan oleh Microsoft dalam waktu terdekat ini. Versi pra-pelancaran telah diberikan kepada pengguna untuk diuji.

Tahun 2011 adalah tahun kejayaan Windows 7. Namun Microsoft tidak berhenti mengembangkan Windows versi terbarunya iaitu Windows 8.

Microsoft berjanji akan memperkenalkan Windows 8 secara rasmi pada persidangan BUILD di California pada 13-16 September 2011.Menurut pengumuman rasminya, OS ini lebih berkuasa, serasi, dan selamat.

Monday, August 15, 2011

Mentega 'Golden Churn' Disahkan Tidak Halal Oleh JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

Tiada Lagi Nama Samaran Di Google+


Tiada lagi nama samaran atau palsu dibenarkan di dalam Google+. Semua pengguna hanya dibenarkan menggunakan nama sebenar sahaja. Jika pengguna menggunakan nama palsu,nickname atau samaran, Google memberi masa selama 4 hari kepada pengguna untuk menukar semula kepada nama sebenar atau akaun Google+ tersebut akan dihapus sepenuhnya.

Pengurus produk Google+, Saurabh Sharma telah mengumumkannya secara rasmi di YouTube. Daripada jumlah penonton yang menonton video tersebut,kebanyakkannya memprotes kerana tidak bersetuju dengan peraturan yang dibuat oleh pihak Google.Larangan ini dibuat bagi mengatasi kemungkinan berlakunya pelanggaran peraturan nama sebenar. 



Sunday, August 14, 2011

Teka Teki Dari Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Saturday, August 13, 2011

Kejohanan Badminton Dunia 2011 - Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan


Chong Wei Layak Ke Separuh Akhir

Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain dari skuad badminton negara yang masih berada dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia 2011 bertempat di Wembley Indoor Arena, London.


Beliau yang merupakan pemain nombor satu dunia mara ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon, 21-7, 21-13.

Chong Wei akan bertemu sama ada dengan Chen Jin dari China atau Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark di peringkat separuh akhir nanti. Kedua-dua pemain ini dijadual berentap malam ini untuk penentuan siapa yang layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu,Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak dapat meneruskan saingan dalam kejohanan ini dalam acara beregu lelaki selepas kalah kepada pasangan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan dengan 21-17, 21-13.

Wednesday, August 10, 2011

Bonus Kakitangan Awam 2011


Bonus Kakitangan Awam 2011 - 6 Kerajaan Negeri Ikut Langkah Kerajaan Pusat 

6 kerajaan negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus kakitangan awam 2011 sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.
 
Menurut Menteri Besar Terengganu  Datuk Ahmad Said, pemberian bonus ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada kira-kira 20,000 kakitangan awam termasuk pekerja badan berkanun.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pembayaran bonus di Pahang pula melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 kakitangan awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara. Kerajaan Kelantan juga akan menanggung kos sebanyak RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Monday, August 8, 2011

Bonus Kakitangan Awam 2011 Sempena Aidilfitri


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kerajaan telah bersetuju membayar bonus kakitangan awam 2011 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan awam bulan ini.  Bayaran khas sebanyak RM 500 juga turut diberikan kepada pesara kerajaan.

Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan,bonus dan bayaran khas ini akan diberi pada pertengahan bulan ini sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Dengan pemberian bonus dan bayaran khas ini,kerajaan berharap ia dapat meringankan beban kakitangan awam dan pesara kerajaan membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sunday, August 7, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Cameron Highland


Kejadian tanah runtuh yang berlaku di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada hari Ahad, 7 Ogos 2011 telah mengorbankan seorang wanita manakala seorang lelaki dan wanita cedera parah dalam kejadian tersebut.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands , kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampong di mana punca kejadian masih belum diketahui.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. Mangsa yang cedera telah dikenal  pasti sebagai penduduk perkampungan Orang Asli manakala identiti mangsa yang terkorban masih belum diketahui.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Terkini

Operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada jam 1.50 pagi selepas mangsa terakhir ditemui pada jam 1.20 pagi. Tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil ini telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil didiami kira-kira 1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli yang paling lama wujud di situ. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata.



Honda Panggil Semula 2.49 Juta Kenderaan Seluruh Dunia


Reuters.com
Honda Motor Co Ltd akan memanggil semula 2,49 juta kereta, SUV dan van mini di seluruh dunia, termasuklah keretanya yang popular iaitu Accord sedan, untuk membaiki masalah perisian yang boleh merosakkan transmisi automatik. Ia termasuklah 1.5 juta kenderaan di Amerika Syarikat, kira-kira 760,000 di China dan 135,142 di Kanada.

Panggilan semula ini melibatkan kereta Accord sedan empat silinder bagi model yang dibuat pada tahun 2005 hingga 2010.

Syarikat itu juga menarik balik kenderaan di beberapa bahagian Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Mexico dan Puerto Rico namun ia tidak melibatkan kenderaan yang dijual di pasaran Jepun. Setakat ini tiada kecederaan atau kematian telah dilaporkan berhubung masalah itu.

Saturday, August 6, 2011

Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan



BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Hukum Bersugi (Berus Gigi) Ketika Puasa



Hukum bersugi atau berus gigi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :

“Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Rumusan yang dapat diambil dari hadis di atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi".

Orang yang bersugi ketika waktu zohor (tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.

Tuesday, August 2, 2011

Isuhangat - Windows Phone Nokia Bakal Dilancarkan


winrumors.com

Microsoft dan Nokia bakal melancarkan telefon bimbit Windows Phone Nokia hasil kerjasama antara kedua-dua pihak di Cologne,Jerman pada 17 Ogos 2011. Ini merupakan kali pertama Nokia memperkenalkan secara rasminya  telefon bimbit Windows.

Ketua Pegawai Eksekutif Nokia  ,Stephen Elop  mendedahkan bahawa Windows Phone Nokia ini diterima baik oleh mereka yang bernasib baik untuk menggunakannya lebih awal. "Mereka yang telah menggunakan Windows Phone Nokia  ini sangat optimis mengenai pasaran dan peluang jangka panjang telefon bimbit  Nokia ini," kata Elop. Elop juga mendedahkan bahawa Nokia merancang untuk meluaskan pasaran Windows Phone Nokia setiap suku tahun akan datang.

Monday, August 1, 2011

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa


 
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

Share
this page
LePaK SiNi