Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Sunday, November 6, 2011

Shicheng City : Kota Berusia 1339 Tahun



Pada bulan Februari lalu, Majalah Chinese National Geographic telah menerbitkan satu siri gambar-gambar yang indah mengenai Shicheng City (secara literal, Lion City), dan sejak itu, ia membangkitkan minat yang tinggi orang awam terhadap kotaraya tersebut.

Friday, November 4, 2011

Pinjaman Perbelanjaan PTPTN Dicadang Dihentikan Mulai 2013


TEMERLOH, 4 Nov (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungangnya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Okt lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap, dekat sini, hari ini, Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa.

Ismail berkata sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.

-- BERNAMA 

Share
this page
LePaK SiNi