Kepada pengguna Facebook yang selalu menggunakan Facebook Chat, dengan meletakkan aplikasi ini pada sidebar Firefox memudahkan lagi pengguna untuk berbual dengan rakan-rakan tanpa perlu membuka homepage Facebook dan boleh melayari laman web lain sambil berbual-bual. Pengguna Facebook perlulah login seperti biasa dan kemudian boleh menggunakan Facebook Chat ini dengan hanya klik pada Bookmarks Toolbar yang telah dibuat . Facebook chat ini akan kekal berada pada sidebar Firefox dan ini memudahkan pengguna melayari laman web lain pada masa yang sama.
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik pada Bookmarks yang terletak pada menu bar Firefox dan kemudian klik pada Organize Bookmarks.
2. Apabila keluar Library window, klik kanan pada Bookmarks Toolbar dan kemudian klik pada New Bookmark.
3. Pada New Bookmark window, sila letakkan address ini (http://www.facebook.com/presence/popout.php) pada Location dan jangan lupa tick pada Load this bookmark in the sidebar.
5. Klik pada sidebar berikut untuk besarkan window.
