SEREMBAN 12 Okt. - Keluarga mangsa kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Melaka kelmarin melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memuat turunkan rakaman tragedi itu dalam laman sosial Facebook.
Menurut mereka, perbuatan itu langsung tidak menghormati kesemua mangsa yang terlibat, keluarga dan saudara-mara mereka serta dilihat satu perbuatan yang menambahkan kepiluan kepada mereka semua.
"Mereka (orang ramai) tidak merasai apa yang kami rasa ketika menghadapi situasi sebegini.
"Sebab itulah mereka sewenang-wenangnya merakamkan detik itu, sama ada dengan telefon, kamera mahupun video dan memuat turunkan dalam Internet," kata Md. Nor Rahmat, 48, bapa kepada salah seorang mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Katanya, kenapa perlu rakaman kemalangan itu dimasukkan ke dalam Internet dan untuk tujuan apa.
"Mereka yang melakukan ini langsung tidak faham sensitiviti insan yang sedang berhadapan situasi sedih. Ramai yang telah kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ngeri itu. Hormatilah mereka dan insan yang malang ini," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini hari ini.
Md. Nor kini menemankan anaknya, Aisyah Md. Nor, 18, yang terselamat dalam nahas membabitkan dua buah bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223, lebuh raya itu berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka.
"Tidak perlulah satu dunia tengok apa yang telah berlaku. Saya percaya, apabila keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan itu melihat visual dalam laman sosial Facebook, tentu sekali mereka akan marah," katanya.
Seorang lagi bapa mangsa, Senai Pen, 50, berkata, dia tidak faham apa niat segelintir pihak memuat turunkan visual kemalangan dalam Internet.
"Jika mereka berbuat demikian dan muatkannya dalam Internet, adakah ia akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Saya langsung tidak faham dan bagi saya ia perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya yang sedang menemani anaknya Nor Shakira Senai, 23, di HTJ.
Bagi Senai, adalah lebih baik mereka yang merakamkan visual berkenaan bertindak membantu semua mangsa yang cedera dan diberikan pertolongan cemas termasuk menghantar mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.- Utusan Malaysia

Anda Nak Tambah Pendapatan Sampingan? Klik Gambar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut.
Tag :
Isu semasa
0 Comments for "Keluarga kecewa visual nahas berleluasa di Internet"