Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Transformers : Dark of the Moon(Transformers 3) Filem Hebat Tahun 2011


Transformers: Dark of the Moon (juga dikenali sebagai Transformers 3) adalah filem hebat  tahun 2011 dalam siri filem Transformers, yang diarahkan oleh Michael Bay dan dihasilkan oleh Steven Spielberg. Ia adalah sekuel kepada Transformers dan Transformers:. Revenge of the Fallen dan dijadual akan mula ditayangkan pada 29 Jun 2011 di seluruh dunia. Transformers: Dark of the Moon akan ditayangkan pada 28 Jun 2011 di Malaysia.

Bay menyatakan ini adalah arahannya yang terakhir dalam siri ini. Pada Mei 2011, Paramount Pictures telah mengumumkan bahawa Transformers: Dark of the Moon akan ditayangkan dua hari lebih awal dari tarikh asal iaitu pada 1 Julai 2011 kepada 29 Jun 2011 untuk melihat sambutan terhadap filem tersebut.

Plot 
Apabila perang Cybertron antara Autobots dan Decepticons berakhir dengan kekalahan Autobots, ketua mereka, Sentinel Prime, cuba untuk melancarkan bahtera dari planet mereka, yang mengandungi teknologi yang boleh menyelamatkan mereka. Diserang oleh Starscream, ia terhempas di bulan pada tahun 1961. Presiden John F. Kennedy berjanji  untuk menghantar  manusia ke bulan.Pendaratan NASA di bulan pada tahun 1969 sebenarnya adalah untuk menyiasat kapal angkasa yang rosak.

Apabila  Sam Witwicky melangkah ke alam dewasa dan cuba meneruskan hidup  tanpa Mikaela, Autobots  pula sibuk belajar tentang kapal angkasa Cybertronian di bulan untuk mencari dan belajar rahsia yang boleh mengubah keadaan untuk menentang Decepticons dalam peperangan terakhir Transformers.


Anda Nak Tambah Pendapatan Sampingan? Klik Gambar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut.

ads

Tag : Hiburan
0 Comments for "Transformers : Dark of the Moon(Transformers 3) Filem Hebat Tahun 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...