Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Malaysia vs Chelsea : 21 Julai 2011


Malaysia menentang Chelsea .

Perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan pilihan skuad olimpik Malaysia dan Chelsea akan diadakan pada hari Khamis,21 Julai 2011 bermula 8.45 malam. Perlawanan bola sepak persahabatan ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan ‘The Blues’ telah mengalahkan skuad kebangsaan 2-0 di Stadium Shah Alam dalam pertemuan terakhir pada tahun 2008.


Barisan pemain pasukan Chelsea

Pasukan Chelsea hadir ke Malaysia dengan kesemua pemain bintangnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Didier Drogba dalam siri Jelajah Asia 2011. Chelsea di bawah bimbingan Villas-Boas akan menurunkan semua pemain iaitu Henrique Hilario GK,Jamal Blackman, Nathaniel Chalobah, Patrick Van Aanholt, Slobodan Rajkovic, Petr Cech GK, John Obi Mikel, Daniel Sturridge, RyanBertrand,oshua McEachran, Alex ,Yuri Zhirkov ,Ross Turnbull GK, Salomon Kalou, Branislav Ivanovic, John Terry,Frank Lampard ,Ashley Cole,Paulo Ferriera, Jose Bosingwa, Yossi Benayoun, Fernando Torres,Nicolas Anelka, Florent Malouda, Didier Drogba dan Billy Clifford.


Barisan pemain pasukan pilihan skuad olimpik Malaysia

Skuad Olimpik Malaysia dibawah bimbingan Ong Kim Swee ini diketuai oleh Hairuddin Omar dibahagian jentera serangan kerana beliau merupakan pemain Malaysia yang pernah menjaringkan gol ketika skuad negara tewas 1-4 kepada Chelsea pada tahun 2003. Selain Hairuddin, Norhafiz Zamani Misbah, Amri Yahyah, Badhri Radzi, Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Shahrulnizam Mustapa, Joseph Kalang Tie serta penjaga gol, Farizal Marlias, Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Zubir Azmi.turut disenaraikan dalam skuad kendalian Kim Swee ini.

Perlawanan persahabatan ini akan akan membariskan 2 pasukan iaitu skuad senior dan skuad Olimpik. Kim Swee akan memasukkan barisan pemain senior pada babak pertama sebelum memasukkan barisan pemain muda daripada skuad Olimpik pada baki 45 minit perlawanan.


Tiket perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chelsea

Tiket untuk perlawanan ini dijual pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388 bagi tiket VIP. Tiket-tiket boleh didapati di gedung-gedung Adidas yang terpilih atau secara online di laman web http://www.ticketpro.com.my/.


Keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea.

Chelsea telah menewaskan Malaysia 1-0 dengan gol dijaringkan oleh Didier Drogbar pada minit ke-78 dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa.


Terdahulu pasukan Malaysia telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak  dengan Arsenal dan Liverpool. Diharap perlawanan persahabatan ini akan meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak di Malaysia pada masa hadapan.

ads
Tag : Isu semasa, Sukan
0 Comments for "Malaysia vs Chelsea : 21 Julai 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...