Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011


Malaysia menentang Liverpool

Pasukan Liverpool FC , yang menduduki tangga keenam EPL musim 2010/2011 bakal tiba di Malaysia buat kali pertama pada hari Khamis,14 Julai 2011 dalam Siri Jelajah Asia 2011. Pasukan “The Reds akan menentang Pasukan Malaysia pada hari Sabtu,16 Julai 2011 bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Pasukan “The Reds” baru sahaja selesai mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan China dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal pagi Khamis.

Peminat-peminat “The Reds” yang mempunyai pas khas sesi latihan boleh menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 petang.


Harga tiket  perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool

Tiket bagi perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool ini telah mula dijual pada 10 Jun 2011.Harga tiket perlawanan ini adalah RM58,RM68,RM108 dan RM388 boleh ditempah secara online di Tiketpro dan juga outlet-outlet sukan yang terpilih.


Sesi latihan selama sejam.

Sesi latihan selama sejam yang bermula pada 7 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil ,Khamis menyaksikan seramai lebih 30 000 peminat tempatan dan luar Pasukan Liverpool FC membanjiri stadium. Peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Malaysia tiba seawal 4 petang dan kebanyakkan mereka memakai jersi Pasukan Liverpool.


Siaran langsung perlawanan

Perlawanan persahabatan ini akan bersiaran secara langsung di Astro Supersport 3 (817).Kelab gergasi bola sepak England itu akan menentang skuad Harimau Malaya pada Sabtu ini bermula 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur . Terlebih dahulu,Pasukan Malaysia menentang Pasukan Arsenal pada 13 Julai 2011.

ads
Tag : Isu semasa, Sukan
0 Comments for "Malaysia vs Liverpool 16 Julai 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...