Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Program Menu Rakyat 1Malaysia Ringankan Beban Rakyat

Menu Rakyat 1Malaysia dilancarkan.

Program 'Menu Rakyat 1Malaysia' telah dilancarkan hari ini selepas 'Kedai Rakyat 1Malaysia' yang telah dilancarkan pada 22 Jun lepas bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, yang kini menyaksikan lebih ramai makan di luar. Program ini telah dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di premis 'Q' Bistro Nasi Kandar.

Mulai Khamis, rakyat boleh menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di 728 premis makanan di Semenanjung Malaysia, yang mengambil bahagian dalam program 'Menu Rakyat 1Malaysia'.

Ismail Sabri berkata premis makanan terbabit dijangka meningkat kepada 1,000 termasuk di Sabah dan Sarawak, sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata mereka yang ingin menyertai program itu boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

"Kelebihan program ini ialah para pemilik kedai akan mendapat banting khas daripada kementerian untuk dipamerkan di hadapan kedai, dan seterusnya boleh menarik minat lebih ramai pelanggan untuk bertandang," katanya.

Ditanya sama ada 'Kedai Rakyat 1Malaysia' yang dilancarkan 22 Jun lepas akan ditambah, Ismail Sabri berkata perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dilakukan.

"Pihak kementerian akan berjumpa dengan 113 pemilik kedai di flat-flat sekitar Lembah Klang untuk berbincang mengenainya pada Khamis depan," katanya.

--Diolah  semula dari sumber BERNAMA
ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Program Menu Rakyat 1Malaysia Ringankan Beban Rakyat"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...