Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Kejohanan Badminton Dunia 2011 - Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan

Chong Wei Layak Ke Separuh Akhir

Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain dari skuad badminton negara yang masih berada dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia 2011 bertempat di Wembley Indoor Arena, London.


Beliau yang merupakan pemain nombor satu dunia mara ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon, 21-7, 21-13.

Chong Wei akan bertemu sama ada dengan Chen Jin dari China atau Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark di peringkat separuh akhir nanti. Kedua-dua pemain ini dijadual berentap malam ini untuk penentuan siapa yang layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu,Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak dapat meneruskan saingan dalam kejohanan ini dalam acara beregu lelaki selepas kalah kepada pasangan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan dengan 21-17, 21-13.


Chong Wei Mara Ke Pusingan Akhir


Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Chen Jin dari China 21-13, 21-9 pada hari Sabtu, 13 Ogos 2011 untuk mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley ,London.

Perlawanan akhir akan diadakan pada hari Ahad di mana Chong Wei akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan dengan Peter Hoeg Gade dari Denmark.


Keputusan terkini -Chong Wei tewas kepada Lin Dan Di Peringkat Akhir


Chong Wei tewas kepada Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 di peringkat akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 pada hari Ahad, 14 Ogos 2011 di Arena Tertutup Wembley,London. Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia. Lin Dan sebelum itu telah mengalahkan Pete Gade dari Denmark 22-24, 21-7, 21-15.

Chong Wei gagal untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut.Kali terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah pada 2003, menerusi Wong Choong Han.

Anda Nak Tambah Pendapatan Sampingan? Klik Gambar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut.

ads

Tag : Isu semasa, Sukan
0 Comments for "Kejohanan Badminton Dunia 2011 - Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...