Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Kereta "Back to the Future" Akan Dikeluarkan Semula

Kereta DeLorean versi kuasa elektrik
Kereta "Back to the Future" akan dikeluarkan semula dalam versi elektrik dengan kelajuan maksimum 201 km/j. Kereta lagenda DeLorean ini telah diusahakan selama 25 tahun oleh Stephen Wynne,55 tahun yang berasal dari Liverpool.

DeLorean Motor Company (DMC) yang kini dimiliki oleh Wynne telah bekerjasama dengan pakar dari Epic Electric bagi menghasilkan model terbaru ini dengan menggunakan model DMC 12 dan juga mengubahsuai enjin petrol V6 bagi membolehkan ia menghasilkan kuasa bersamaan 260bhp menggunakan kuasa elektrik.

Wynne mendapat idea untuk menghasilkan kereta DeLorean berkuasa elektrik setelah menyaksikan kejayaan Tesla Roadster. Bateri 'Flux Power' pada kereta ini perlu dicaj selama 3.5 jam sahaja . Kereta ini mampu bergerak dengan kelajuan 0-97 km/j dalam masa 4.9 saat dan dijangka akan dijual pada harga £65,000.

Kereta DeLorean adalah idea ahli perniagaan kontroversi Amerika Syarikat iaitu John DeLorean yang berjaya mendapatkan pembiayaan berjumlah £100 juta daripada Northern Ireland Development Agency untuk membangunkan kereta ini.

Walaupun mempunyai reka bentuk yang luar biasa termasuk pintu "gullwing",DeLorean adalah satu kegagalan.Pengeluarannya terhenti selepas setahun apabila syarikat itu difailkan muflis pada tahun 1982.

Wynne telah menubuhkan semula DeLorean Motor Company pada tahun 1995, 16 tahun selepas meninggalkan UK pada tahun 1979. Beliau juga membeli peralatan yang ada, alat ganti dan hak-hak pengedaran untuk kereta DeLorean bersama-sama dengan nama DMC sebagai tandaniaga.
 


 


Anda Nak Tambah Pendapatan Sampingan? Klik Gambar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut.

ads

Tag : Teknologi
3 Comments for "Kereta "Back to the Future" Akan Dikeluarkan Semula"

fuyohhhh~ kreta ni dah la stylo model dia ;D

biler tgk kereta ni teringat cerita dia...:-)

Best tengok cerita "Back To The Future" time masa budak2 dahulu... Kereta dia pun menarik juga coz ada bentuk sikit macam AE 86 Toyota... :)

Entri Terkini :
Tips Cara Mudah Belajar Main Gitar Dengan Cepat

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...