YouTube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara literalnya menjadi televisyen pada zaman ini. Dengan ulang tahun keenam YouTube , berikut merupakan 10 fakta menarik tentangnya:
1. Video Teratas
Video "Baby", Justin Bieber memegang rekod paling banyak ditonton. Dengan 645,000,000+ tontonan,ia berada di kedudukan teratas manakala video "Bad Romance", Lady Gaga berada tempat kedua dengan lebih 422 juta tontonan.
1. Video Teratas
Video "Baby", Justin Bieber memegang rekod paling banyak ditonton. Dengan 645,000,000+ tontonan,ia berada di kedudukan teratas manakala video "Bad Romance", Lady Gaga berada tempat kedua dengan lebih 422 juta tontonan.
2. Kunjungan Pelawat
Kunjungan pelawat di YouTube setiap hari adalah sangat tinggi iaitu setinggi 45,000,000 pelawat.
3. Iklan Paling Popular
Menerima 1,000,000 tontonan, iklan 'touch of gold' Nike yang dirakam pada tahun 2005 merupakan iklan yang paling popular setakat ini. Ia adalah disebabkan oleh pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho telah membintangi iklan tersebut.
4. Saluran Rasmi
'The royal channel', saluran khusus untuk aktiviti-aktiviti Di Raja Britain, dari makan malam amal Krismas mereka hingga ke majlis perkahwinan mereka, telah dilancarkan oleh Ratu pada tahun 2007. Selepas itu, Pope dan Presiden Amerika Syarikat Barak Obama melancarkan saluran rasmi mereka pada awal tahun 2009.
5. Panjang Masa Semua Video
Untuk membuat, atau merekod semua video di YouTube,ia akan mengambil masa 1700 tahun .
6. Panjang Masa Video Dimbas Setiap Hari
YouTube mempunyai sistem hak cipta. Ia mempunyai hak untuk menyekat atau membuat wang dari video yang tidak dibenarkan. Bilangan ID diimbas setiap hari oleh laman web ini adalah setinggi 100. Salah satu faktor bagi hal ini adalah bebas daripada kos perkhidmatan , dan ia sedang digunakan oleh 1000 rakan kongsi kandungan di seluruh dunia.
7. Bukan Trafik Amerika
Tujuh puluh peratus daripada trafik di YouTube datang dari luar Amerika Syarikat.
8. Panjang Masa Video Dimuatnaik Setiap hari
Hingga Mei 2009, 20 jam video telah dimuat naik ke YouTube setiap minit. Trend ini telah menunjukkan peningkatan dua puluh peratus.
9. Perkhidmatan Setempat
YouTube juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada beberapa negara, iaitu menampilkan bahasa mereka dan video paling banyak dilayari dan sebagainya , 23 negara menikmati perkhidmatan ini. YouTube telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa.
10. Masa Yang Digunakan Pengguna YouTube
Purata seorang pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 15 minit sehari di YouTube, kurang ima jam dari televisyen. YouTube telah menyasarkan untuk meningkatkan purata ini lebih daripada televisyen.
Anda Nak Tambah Pendapatan Sampingan? Klik Gambar Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut.
Tag :
Teknologi
2 Comments for "10 Fakta Menarik YouTube"
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
memang terbaik fakta youtube. 70% luar US.. memang sesuai sangat tuk marketing