Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Photoshop Tutorial – Panorama 360°

Tutorial ni  untuk menukarkan gambar panorama yang biasa (rectangular image) kepada panorama 360° (polar image).

Rectangular image

Polar image

Langkah 1
Pilih gambar yang kita suka (File >> open ). Klik sini untuk download gambar panorama yang sesuai.Selepas itu, klik pada crop tool dan crop bahagian gambar yg kita nak. Kemudian klik kanan dan ok.
Tips: Untuk setiap gambar yang kita nak edit, kita perlu crop gambar tersebut dengan memilih bahagian gambar yang sesuai sahaja. Pastikan hujung gambar sebelah kiri adalah sama tinggi dengan hujung gambar bahagian sebelah kanan supaya gambar yang disambung akan kelihatan cantik  apabila kita sambung kedua-dua hujung gambar tersebut .

Langkah 2
Pergi ke Image >> Image size atau tekan “Alt + Ctrl + I”, kemudian deselect atau untick pada Constrain proportions .  Setkan Width value dan Height value supaya sama (contoh 2000 x 2000), kemudian klik ok.
Langkah 3
Pergi ke Image >> Rotate canvas >> 180°

Langkah 4
Selepas itu, pergi ke Filter >> Distort  >> Polar coordinates. Klik pada Rectangular to Polar dan klik ok.

Langkah 5
Kita dah dapat gambar panorama 360° yang kita nak tapi terdapat boundary pada gambar tersebut.

Langkah 6
Untuk buang boundary tadi, klik pada Rectangular marquee tool atau Lasso Tool yang terdapat pada toolbar sebelah kiri photoshop . Untuk tutorial ni, Rectangular marquee tool  digunakan kerana lebih mudah. Klik dan drag pada boundary  yang kita nak buang tadi. Selepas itu, klik kanan dan pilih Feather. Setkan Feather Radius kepada 8 dan klik ok.

Langkah 7
Pergi ke Filter >> Blur >> Gaussian blur. Dragkan slider radius dan pilih radius yang sesuai sehingga boundary tadi hilang. Klik ok.

Langkah 8
Klik kanan pada gambar kemudian klik deselect. Rotate gambar mengikut kedudukan yang kita nak. Siap dan boleh save gambar tersebut.

Boleh cuba edit dengan gambar lain.

Untuk mendapatkan gambar seperti di bawah ni,abaikan Langkah 3 dan terus kepada Langkah 4.


ads
13 Comments for "Photoshop Tutorial – Panorama 360°"

Great..ni gabungan gambar pertama dengan terakhir ke? pernah jugak buat tapi tak jadi..

tutorial yang bagus.
boleh cuba nanti.
:)

kena guna gambar yang sesuai baru jadi...

thnx bro! dah lama cari tutorial tentang ni, mungkin keywords salah

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

kalau guna ps portable boleh buat tak

memang menjadi. good info. 10q

Blur dgn teknologi mcm ni.. Im no expert in computer related stuff.. haha

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...