Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53  akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra bermula Sabtu ini, 16 Julai 2011 hingga 23 Julai 2011. Seramai 81 peserta dari 50 negara akan mengambil bahagian iaitu 50 qari dan 31 qariah.

Majlis tilawah yang berlangsung selama lapan malam ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" dijadual dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jumlah peserta dan negara yang menyertai tilawah kali ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu 76 peserta dari 47 negara.

Malaysia akan diwakili qari Negeri Sembilan, Amirrahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan yang muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Selain hadiah wang tunai RM32,200, johan tilawah akan membawa pulang piala iringan, beserta cenderamata dan sijil penyertaan manakala naib johan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM13,600, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala qari dan qariah lain akan menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Orang ramai dapat menyaksikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53  secara langsung menerusi televisyen atau web TV Jakim di www.islam.gov.my bermula pukul 8.30 malam.


-- Dioalah semula dari sumber BERNAMA         
ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...