Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Malaysia Menentang Singapura 23 Julai 2011

Malaysia menentang Singapura .

Pasukan bola sepak Malaysia akan menentang Singapura pada hari Sabtu,23 Julai 2011 bermula 7.25 malam di Stadium Jalan Besar Republik Singapura. Skuad bola sepak kebangsaan telah berlepas ke Singapura pada hari Khamis dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia.

 
Barisan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal akan diwakili oleh barisan pemain seperti : 

Khairul Fahmi Che Mat
Mahali Jasuli
Mohd Farisham Ismail
Mohd Asruddin Putra Omar
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhil Mohd Shas
Mohamad Aidil Zafuan
Safiq Rahim
Ismail Faruqi Ashari
Mohd Safee Mohd Sali
Mohamad Azmi Muslim
Amar Rohidan
Ahmad Fakri Shaarani
Baddrol Bakhtiar
Gurusamy G.Kandasamy
Kunalan Subramaniam
Helmi Remeli
Mohamad Ashari Samsudin
Abdul Hadi Yahaya
Mohd Sharbaniee Allawee
Mohd Nasril Mat Nourdin
Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid
Izzaq Faris Ramlan

Empat pemain iaitu Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan Arsenal dan Liverpool.

 
Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia apabila layak ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4 dengan Taiwan. Malaysia sebelum itu mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Singapura mendapat bye di pusingan pertama selepas mara ke pusingan ketiga dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. 

Perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis,28 Julai 2011.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.


Keputusan Perlawanan Malaysia vs Sinagapura

Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar,Singapura. Gol Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali (2 gol) dan  Abdul Hadi Yahaya. Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis,28 Julai 2011.  
ads
Tag : Isu semasa, Sukan
0 Comments for "Malaysia Menentang Singapura 23 Julai 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...