Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Bonus Kakitangan Awam 2011

Bonus Kakitangan Awam 2011 - 6 Kerajaan Negeri Ikut Langkah Kerajaan Pusat 

6 kerajaan negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus kakitangan awam 2011 sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.
 
Menurut Menteri Besar Terengganu  Datuk Ahmad Said, pemberian bonus ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada kira-kira 20,000 kakitangan awam termasuk pekerja badan berkanun.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pembayaran bonus di Pahang pula melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 kakitangan awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara. Kerajaan Kelantan juga akan menanggung kos sebanyak RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan juga mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan. Pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

 
ads
Tag : Isu semasa
0 Comments for "Bonus Kakitangan Awam 2011"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...