Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Periksa Kekuatan Password Menggunakan Microsoft Password Checker


Kata laluan atau password yang kuat adalah sangat penting kepada kita sebagai perlindungan apabila melayari internet samada untuk menghantar email,melayari laman sosial ataupun berurus niaga dalam talian. 

Kata laluan atau password yang sering digunakan pengguna boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu mereka yang hanya menggunakan perkataan sahaja sebagai kata laluan. Kumpulan kedua iaitu mereka yang mencampurkan beberapa nombor bagi membentuk satu kata laluan.

Kekuatan kata laluan bergantung kepada jenis aksara yang digunakan, panjang keseluruhan kata laluan, dan sama ada kata laluan boleh didapati di dalam kamus. Ia hendaklah sekurang-kurangnya 8 aksara.

Pengguna boleh periksa kekuatan kata laluan atau password menggunakan Microsoft Password Checker secara percuma dengan hanya memasukkan kata laluan di dalam kotak yang disediakan. Kata laluan tadi akan dikategorikan samada sebagai Week,Medium,Strong dan Best.  

Ciri-ciri kata laluan atau password yang baik ialah: 
  • mempunyai 8 karakter atau lebih 
  • mempunyai huruf besar, huruf kecil, simbol, dan nombor; atau sekurang-kurangnya tiga daripada empat kumpulan tersebut. 
  • tidak seharusnya menjadi satu perkataan biasa dan tidak perlu frasa biasa.  
  • tidak seharusnya mengandungi tarikh, nama, atau perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan diri anda.

ads
0 Comments for "Periksa Kekuatan Password Menggunakan Microsoft Password Checker"

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...