Idea kreatif dan inovatif menggunakan botol plastik terbuang sebagai lampu untuk menghasilkan cahaya di waktu siang ini dihasilkan di Filipina. Selain dapat menjimatkan tenaga elektrik,kos untuk membuatnya adalah sangat murah dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Khasiat Dalaman Batu Anggur Hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Ketahui pelbagai khasiat dan kelebihan batu anggur hitam
Friday, September 30, 2011
Monday, September 26, 2011
Video Tarian Dubstep Yang Sangat Menarik Dan Menakjubkan
Video dubstep dance atau tarian dubstep yang sangat menarik dan menakjubkan ini dilakukan oleh Marquese Scott yang berasal dari Amerika Syarikat. Video tarian yang diupload di Youtube pada 23 September 2011 ini telah ditonton melebihi 800 ribu orang sejak ia berada di Youtube. Pergerakan tarian yang seakan-akan pergerakan robot ini dengan diiringi muzik electronic dance adalah sangat memukau dan menghiburkan.Permulaan video ini agak membosankan hinggalah pada bahagian tengah hingga akhir video. Bahagian tarian yang menarik adalah pada minit ke 3:32 hingga 5:10.
Saturday, September 24, 2011
Kamera Terbaru Nikon Pencabar DSLR
![]() | |
| dailymail.co.uk |
Kamera Nikon 1 V1 terbaru merupakan pencabar DSLR kerana ia merupakan kamera teringan dan terkecil dengan lensa yang dapat diganti setanding dengan kamera kategori ‘pro’ seperti Olympus, Panasonic, Sony dan Samsung.
Jurugambar selebriti terkenal Nicky Johnston mengatakan, “kamera ini merevolusi kamera kompak dan saya tak perlu lagi membawa kelengkapan berat . Kualiti, rekabentuk, dan ukuran sensor kamera ini sangat menakjubkan”.
Friday, September 23, 2011
Seni Daripada Api Molotov Cocktail
Seni daripada api Molotov Cocktail ini datangya daripada negara Rusia yang terkenal dengan seni inovatif dan kreatif. Teknik ini memerlukan artis menampal kanvas pada panel kayu sebelum ia dilontar dengan molotov cocktail. Ketika api sedang membakar kanvas itu, permukaan hangus yang terhasil akan menampilkan bayang-bayang dan garisan wajah-wajah askar yang terkenal.
Hasil seni yang telah siap akan digantung di dinding hospital Perang Dunia II yang terbengkalai di Yekaterinburg, Rusia. Pameran bertajuk Eternal Flame, telah menarik media dari seluruh dunia dan pujian telah diberikan di atas teknik unik dan kreatif yang digunakan bagi menghasilkan seni tersebut.

Hukum Hudud Tetap Dilaksana Walaupun DAP Keluar Pakatan - Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada gabungan pembangkang jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Abdul Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
"Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 50-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah.
"Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata bye-bye (selamat tinggal) tak apa. Sekarang dia (DAP) masuk balik...itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, Khamis.

Thursday, September 22, 2011
Hukum Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia - TPM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukuman hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, di sini, Khamis.

Wednesday, September 21, 2011
Malaysia Tewas Kepada Jepun
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan bola sepak Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun Rabu malam.
Pasukan 'Samurai Biru', yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010 itu mengasak sejurus wisel permulaan oleh pengadil Abdullah Balideh dari Qatar.
Gerakan lincah penyerang Higashi Keigo membuahkan jaringan pertama seawal minit kesembilan yang berpunca lorongan bola daripada Kiyotake Hiroshi dalam kotak penalti.
Skuad kendalian Takashi Sekizuka yang terkenal dengan corak pantas dan aggresif itu terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kawasan gol Malaysia, memaksa anak didik kendalian Ong Kim Swee bertahan sepanjang babak pertama.
Penyerang tiga serangkai Jepun, Hiroshi, Osaka Yuya dan Keigo menghasilkan beberapa gerakan berbahaya namun ketangkasan penjaga gol dan ketua pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mematahkan serangan lawan.

Kelebihan Surah Al - Waqiah
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Monday, September 19, 2011
Periksa Kekuatan Password Menggunakan Microsoft Password Checker
Kata laluan atau password yang kuat adalah sangat penting kepada kita sebagai perlindungan apabila melayari internet samada untuk menghantar email,melayari laman sosial ataupun berurus niaga dalam talian.
Kata laluan atau password yang sering digunakan pengguna boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu mereka yang hanya menggunakan perkataan sahaja sebagai kata laluan. Kumpulan kedua iaitu mereka yang mencampurkan beberapa nombor bagi membentuk satu kata laluan.
Sunday, September 18, 2011
Facebook 'Halal' Versi Yahudi
Seorang pengaturcara Israel telah menghasilkan Facebook ‘Halal’ versi Yahudi iaitu Faceglat yang menawarkan laman rangkaian sosial seperti Facebook dalam "versi lebih bersih" dengan nilai-nilai Yahudi.
Yaakov Swisa, 25, berkata Faceglat - yang mendapat namanya daripada Facebook dan perkataan glatt, yang menandakan tahap tertinggi ‘halal’ - memisahkan profil lelaki dan wanita supaya foto peribadi dan maklumat boleh disembunyikan daripada anggota jantina yang berlawanan.
Swisa berkata laman web ini juga menyekat iklan tidak senonoh dan mempunyai dasar menyekat pengguna yang melanggar peraturan kesopanan laman berikut.
* Diharap suatu hari nanti akan ada laman sosial di Malaysia yang dapat menjaga privasi pengguna antara lelaki dan perempuan.
Friday, September 16, 2011
Gambar Pembinaan Kapal Titanic Pada Tahun 1909
White Star Line adalah syarikat yang membina kapal Titanic, dan dimiliki oleh J.P Morgan, seorang hartawan Amerika. Kos untuk membina RMS Titanic adalah $ 7.5 juta .RMS bermaksud Royal Mail Steamer. Ia mengambil masa dua tahun untuk membina kapal Titanic oleh 3000 orang pekerja lelaki. Tiga juta rivet telah digunakan untuk membina kapal tersebut. Berikut merupakan gambar sekitar pembinaan kapal Titanic pada tahun 1909.
Thursday, September 15, 2011
ISA Dimansuh & Diganti Undang-undang Baru
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perutusan khas sempena Hari Malaysia telah mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuh dan diganti dua undang-undang baru yang akan digubal dibawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan yang masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti akan terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan juga member jaminan bahawa tiada individu akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Wednesday, September 14, 2011
Awek Tudung Punk Terlampau
| Awek tudung punk terlampau |
Gambar perempuan bertudung di atas merupakan salah satu contoh betapa budaya Barat begitu senang mempengaruhi umat Islam samada lelaki mahupun perempuan. Walaupun tidak berpakaian seksi dan masih menutup aurat, ia sedikit sebanyak mencemarkan imej seorang Islam yang terkenal dengan adab dan sopan.
Saturday, September 10, 2011
Model Kereta Myvi 1.5 Baru Diperkenal September 2011
![]() |
| Gambar daripada paultan.org |
Model kereta Myvi 1.5 baru akan mula diperkenal oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada 15 September 2011.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh tempahan bagi varian premium dan sporty akan dibuka bermula 12 September 2011.
Harga bagi model kereta Myvi 1.5 baru tidak dinyatakan beliau tetapi ia dikategorikan sebagai mampu milik.
Tuesday, September 6, 2011
Restoran Nasi Kandar Tidak Diminati Pekerja Tempatan
BUTTERWORTH, 6 Sept (Bernama) -- Hanya 200 pekerja tempatan berminat bekerja di restoran nasi kandar yang berdaftar di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan.
Timbalan Presiden Presma K.K Sihabutheen berkata faktor malu berkemungkinan menjadi punca pekerja tempatan tidak mahu bekerja di restoran berkenaan.
"Mungkin mereka malu jika ada rakan dan saudara mara melihat mereka bekerja di restoran nasi kandar. Mereka lebih suka bekerja di restoran makanan segera," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif.

Monday, September 5, 2011
Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Pandu Kereta Di China
Video berikut menunjukkan seorang budak perempuan berusia 4 tahun pandu kereta di China sambil diawasi oleh kedua orang tuanya. Walaupun berada di bawah pengawasan orang tuanya, ia tetap dianggap berbahaya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.
Kanak-kanak perempuan yang dipanggil Jia Zheng itu dilihat dengan tenang memotong kereta lain di sepanjang jalan Jinal,China sambil aksinya ketika memandu dirakam dari bahagian belakang.
Setelah beberapa minit memandu, akhirnya ayah Zheng menyuruhnya berhenti. Dia dilihat mengeluarkan beberapa jenis alat dari bahagian pemandu yang telah digunakan oleh Jia Zheng untuk mengendalikan pedal minyak dan juga pedal brek.

Subscribe to our RSS Feed
Follow Us on Twitter