Sebuah blog berkaitan dengan Info Penting, Isu Semasa, Agama, Sejarah, Bisnes Online, Teknologi dan Kesihatan.

Budak berusia tujuh tahun mendapat £150 000 dalam masa 30 minit

 

Seorang budak lelaki  berusia 7 tahun telah berjaya menjual koleksi lukisannya iaitu sebanyak 33 lukisan dengan jumlah kutipan sebanyak  £150,000 dalam masa setengah jam sahaja. Pembeli dari seluruh dunia membayar antara  £1,825 dan £7,995 bagi setiap satu lukisan yang dilukis oleh Kieron Williamson.



 Beberapa peminat telah berkhemah di luar galeri selama 48 jam untuk memastikan mereka tidak ketinggalan mengikuti pameran itu di mana ia merupakan pameran beliau yang ketiga .

Kieron atau lebih dikenali sebagai Mini Monet  hanya mula melukis pada tahun 2008. Hasil kerja pertama Kieron dijual di pasaran pada musim panas lalu apabila 19 lukisannya  telah dijual pada harga £14,000 dalam satu lelongan.


Pada November lepas, 16 lukisan lagi telah dijual pada harga £7,000 hanya dalam masa 14 minit sahaja ketika  pameran beliau yang kedua diadakan  di galeri Picturecraft.

Kebanyakkan  lukisan Kieron bercirikan ikonik lokasi di pantai utara Norfolk seperti Morston, Blakeney, Cley, Holkham dan Brancaster.































 
ads
6 Comments for "Budak berusia tujuh tahun mendapat £150 000 dalam masa 30 minit"

wow.. i also wanna draw edy! =)

bakat kurniaan illahi yg dimanfaatkan..

kecik2 dah pandai buat banyak duit, rezeki masing2 :D

gempak r budak ni!

Back To Top Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...